assalam
lama tak menulis panjang kat sini. kekangan masa dan tenaga membuatkan blog ni makin lama makin kurang entrinya dapat mainten 10 entry sebulan sudah dikira amat baik..itu pun jika masih ada yang mahu mengikuti.
starting March 2014 kami PJJ lagi.perkahwinan jarak jauh.dulu weekend hubby wifey masa hubby kerja kt Site di sungai Koyan Pahang.kali ni tak boleh weekend hubby wifey sebab jarak dan ekonomi..dulu ke pahang tol hanya rm7 sehala..kali ni ke Gelang Patah tol saja dah rm40++. so lepas dapat persetujuan kami setuju 2 minggu sekali jumpa..
alhamdulillah kandungan membesar dan tidak memberi sebarang masalah.ini hikmahnya kami berjauhan..sebab Allah tahu saya boleh hadapi sesorang diri. oleh sebab saya malas nak naik tren, saya bawak moto sendiri ke opis.so kereta suami guna.pengangkutan khas saya hanya moto.alhamdullilaah semuanya berjalan lancar.
pagi pagi hantar Atirah ke Nursery. langsung ke opis. balik kerja terus amek atirah dan masuk rumah kunci pintu dan tak keluar ke mana mana.hehe.keluarga jauh.memang kena survive,since akak saya yg kt putrajaya tu pindah ke kedah tahun lepas, memang sangat terasa kehilangan.hehe.memang kena kuat dan survive,
sungguh2 saya syukur kandungan kedua tak mempunyai sebarang komplikasi.penat perkara biasa la kan.kalau lah saya teruk alahan harus suami berat hati nk terima kerja jauh tu..
update tentang kehamilan ke dua
usia kehamilan:20 minggu
berat mama: 54kg
urin: nil
HB: belum cek lagi.
dah masuk 20 minggu.masih belum sempat bukak buku merah di KK lagi.plannya nak amek cuti this coming thursday.so semoga semuanya berjalan lancar
gambar terbaru bersama atirah..ofcos la berdua sebab papa tolong snapkan pic.
birthday atirah is coming soon.ada plan nak buat tapi tak sure lagi date dan tempat.korang ada nk datang tak?
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)