page

Monday, March 10, 2014

Catuan air di KL dan Selangor

Assalam


Kes catuan air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dek kerana musim kemarau yang empangan Hulu Langat mula kekurangan air..

siapa rumah die terlibat jugak?


kawasan rumah saya pun terlibat.keseluruhan Bandar Sri Permaisuri...Kuala lumpur zone 1
catuan air bermula 1 Mac sehingga 30 Mac 2014. untuk yang kurang tahu, catuan air ini die akan bekalkan air atau salurkan kan air ke kawasan mengikut zone zone tertentu selama 2 hari..selepas 2 hari, mereka akan menghentikan saluran air dan 2 hari tersebut bekalan air terputus..

alhamdulillah jugak ..walaupun dijadualkan 2 hari terputus bekalan air, kami hanya merasakan ketiadaan air hanya sekitar 12 jam sahaja...

berbekalkan pengalaman as Mechanical engineer dekat Zelan dulu, saya tau jugak perihal plumbing& sanitary service dan design untuk setiap bangunan terutamanya bangunan/ apartment yang melibatkan ramai penghuni..

design tangki air untuk bangunan tinggi adalah mencukupi untuk kegunaan 2 hari sahaja...tangki air setiap bangunan/hostel mengikut jumlah penghuni direka boleh bertahan 2 hari sahaja..kenapa 2 hari? cuba bayangkan kalau tangki air di designkan utk 1 minggu.bape besar tu tangki tu???disitu akan ada masalah ruang untuk tapak projek pulak..

contoh;-
khamis 06/03/14 dan Jumaat 07/03/14 bekalan air disalurkan.pada masa ini air akan terisi di tangki air dahulu kerana tekanan rendah.bila penuh, baru air akan naik ke setiap saluran /unit apartmen.

sabtu 8/03/2014 dan Ahad 09/03/14 bekalan air dijangka akan ditutup. dan memang bekalan air terputus..

akan tetapi hari sabtu dan ahad pagi air di pancuran masih sangat laju..masa ni setiap unit apartmen kena beringat untuk menyimpan sebanyak mana air yang boleh untuk tujuan mandi/makan atau sebagainya.jangan biarkan pinggan mangkuk penuh sinki tak berbasuh dan baju menimbun tak berbasuh ye..sementara ada air setelkan cepat2..

ahad malam 09/03/14 pukul 9 malam air mula terputus terus.tiasa setitik pun keluar dari kepala paip.oleh itu bermula la episod menggunakan air dari baldi yang disimpan.saya simpan 2 baldi je..sebab itu je yg ada.bekalan air minum memang cukup..so air tu untuk tujuan mandi/cuci badan atau emergency.time ni kalau mandi tak rasa heaven sangat la..sebab kena catu kan..

so antara benda yang perlu dibuat timing adalah perkara yang mewajibkan korang mandi wajib.hahahha.so set time bila ada air je k.jgn wat hal time takde air.kang tak bermandi wajib plak korang.hahahhaha..

tapi isnin 10/03/14 pukul 9pg bekalan air sudah disalurkan..so boleh mandi dibawah pancuran air yang deras ya..hehe..jangan lupa siapkan air utk hari air takde..hehe..perlu konsisten ya kawan kawan..sebab catuan air akan berlangsung selama sebulan....

bagi kawasan perumahan teres, rumah korang sure ada tangki kan..kalau takde tangki memang sangat terasa teruk bila air takde...

selamat berhemah menggunakan air ya..di negeri lain rasanya takde masalah bekalan air ni..korang leh enjoy mandi puas puas tanpa risau.tp kalau membazir sangat sila la byr bil air banyak2.hehehe..


adios amigos
XOXO

4 comments:

  1. Hi salam perkenalan,

    sedap hati baca your entry . Selama ni , asyk dengar orang merungut, asyk baca email orang complaint mcm2 .

    Apa yang penting knowledge & bersabar . Knowledge tentang sistem perpaipan sangan penting supaya semua orang tak menyalah kan pihak berwajib sebab tiada air .

    bersabar itu penting kerana semua org merasa apa yang anda rasa. Ini adalah satu ujian kepada kita , ingt air tu anugerah Allah . Kalau Allah nak tarik , tak de siapa dapat tolong .

    Satu lagi sis , kawasan muar , tampin dan jempol juga telah membuat vatuan bekalan air ini .

    thanks sis , semoga entry ini memberi sedikit maklumat kepada umum.

    free to visit my blog :

    ummienaufal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear sudi drop by..ooo muar pun xdr air yr.igt kl sel jr...hihi

      Delete
  2. jumpe blog fizah. tak tau pon fiza preggy. waa slim je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bru 4 buln plus dear..hihi.sbb tu x nmpk lg kot.kiki

      Delete

thanks kerana sudi memberi komen :)