as-salam..
sepi itu hanya blog sahaja.. kehidupan penulis tidak pernah sepi..seringkali dihiburkan dengan galak tawa insan insan teristimewa.. seringkali ada titisan air mata yang mana ada mencuit perasaan marah atau sedih..itu norma kehidupan yang ada pasang surut bahagianya..alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup kebahagian dan kemanisan kehidupan..alhamdulillah..
ok. stop dengan madah pujangga yang mana korang sendiri pun tak paham.
sepi kan blog ni.janji tinggal janji.kononnya nak update!.kononnya nak buat scedule entry..kononya nak update hari hari...memang taklah!tipu je..haha.buat yang sering jengah ke sini, harap jangan putus asa menanti ya..hahaha..
saya nk buat summary untuk sepanjang kerja di ETIQA.tp tak best jika tak bergambar, sebab memang banyak gambar.itu kita tunggu next entry je ye
now, mak saya dalam rawatan di Hospital Putrajaya. sakit dada dan pelbagai penyakit lain mula dikenal pasti.kenapa mak di Putrajaya? mak dan ayah datang melawat cucu cucu dan anak anak. dan mungkin kerana penat, mendorong kesihatan emak terjejas. so kak.jat bawak mak ke hospital dan akhirnya admitted. agak serius sebenarnya..
korang, doakan mak saya sihat secepatnya ya..
ya allah, panjangkan lah umur ibu ku di laluan rahmatmu ,,sihatkan tubuh badannya agar dapat berbakti kepada mu,ya allah peliharalah ibuku,,..dengan rahmat dan teduhan-mu, aku meminta....
amin...mari sama sama aminkan..
terima kasih :)
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)