page

Thursday, March 21, 2013

Weekend Getaway 9/3: Kalumpang Resort

as-salam

akhirnya terpublish jugak!!!

Perancangan ke Kalumpang resort dirancang oleh grOup wassap hubby bersama rakan seopis..bila hubby ajak mandi manda ke tempat tu harus la tiada rejection kan.masa untuk bersantai bersama family..atirah pun memang suka sangat bermandi manda. kami tak pernah dengar pun Kalumpang Resort ni..Muiz yang suggest tempat ni.katanya di Hulu Selangor..picnic kami bertemakan potluck

seperti yang dijanjikan kami berkumpul di Menara Celcom jam 8 pagi.awal kan..tapi sabtu kan hari cuti.walaupun da cakap 8 pagi masih ada yang lambat termasuk kitorang.haha.si suami da bising bising suruh cepat...aha.ada je itu ini lom setel.atirah memang belum bangun lagi.kami angkut die dalam keadaan tidur lagi.atirah sorang je belum mandi.mama papa da siap mandi da..potluck ni, si suami kena bawak nasi je.hehe.simple kan.lepas subuh saya masak nasi.mcm kosong plak, so goreng nugget sikit.bajet nak goreng keropok jugak,tapi tak sempat da.hubby soh cepat.hahha..

sementara tunggu kawan kawan lain sampai sempat kami breakfast nasi lemak kt pulau depan celcom tu..bila semua da sampai kami terus je bergerak.sempoi dan cepat sebab 2 kereta je yang join.hehe..

untuk ke Kalumpang  Resort ni,kami ikut highway PLUS  menuju ke Utara. keluar Exit Tanjung Malim..then saya tak pandai nak cerita macam mana nak kesana.kami follow je sampai la ke tempat tu. dalam jam 10 pagi rasanya kami dah sampai.perjalanan memakan masa 45 minit.

kebetulan masa kami sampai tu, macam ada camping dari sekolah mana ntah..tp still tak crowded.just nice..sangat bersih,ye la kan berbayar..betul uols..berbayar.. untuk entry, rm10 perhead. kanak kanak atas 5 tahun berbayar. kanak kanak macam atirah free je..siap ada tag macam masuk Sunway lagoon.hahha..

masuk je apa lagi,snap pic... bentang tikar, tukar baju, then mandi..haha.atirah paling awal mandi.sejuk giler..then kami makan makan dulu lepas tu sambuung lagi mandi.papa dan mama atirah amek turn mandi..tapi lebihnya mama yang jaga atirah.atirah da keunguan mandi.sejuk sangat.itu pun tak nak naik..bila da naik tak turun da,sebab sejuk sgt.mama pun tak turun da..





kelebihan tempat ni, redup je..luas airnya..dan bilik persalinan yang luas dan bersih.ada air lagi.memang selesa la.tempat nak lepak makan makan pun bersih je..air nya dalam dan laju,sempoi lah...

selain dari air terjun ni, ada jugak kolam renang buatan untuk kanak kanak,tapi kami tak pergi pun.da cukup mandi kt air semula jadi tu.ehhe


selain dari tempat mandi ada banyak resort yang diorang buat.sesuai untuk bermalam dan lakukan pelbagai aktiviti,konsep mini zoo jugak..banyak binatang dalam ni,ada itik, angsa, ayam, arnab, iguana, monyet dan bermacam lagi.cukup untuk menghiburkan hati kanak kanak kecik seperti atirah,,


let enjoy pic :)

time ni baru je sampai,muka atirah yang baru bangun tido.takde mood.


tp kami orang paling awal mandi.atirah tak sabar..yang lain relax makan makan dulu.hehe.mama ngn atirah  makan sikit je, then g brendam dalam air yg super duper cool tu!


kami paling awal mandi kami paling awal sudah mandi.sejuk sangat.kecian kt atirah yg da keunguan tu,,so apa lg.siap mandi posing plak.dorang yg lain masih mandi manda..







ala..ini tak rotate,ada masa kang baru rotate k..


family potrait taken by hubby's fren,haha..

ini semua dari Hp saya je.banyak lagi gambar lain dekat hp kawan kawan hubby...sesapa yang teringin nk cari waterfall yang nyaman boleh la ke sini.hehhe :)

No comments:

Post a Comment

thanks kerana sudi memberi komen :)