page

Friday, August 10, 2012

resepi roti arab dan kari ayam

as-salam

lama tak bercerita tentang resepi berbuka puasa kan..ye la, kadang masak, kadang tapau dari bazar, kadang berbuka di luar..so jadi tak la banyak mana pun masaknya..macam seminggu ada 4 kali je masak kot..

so semalam teringin nak makan roti arab dan kari ayam..terasa sedapnya di tekak ni..so terus goggle resepi dan baliknya terus adunkan doh selepas susukan atirah :),bahannya mudah aje..so let try!

mari kita share resepinya

roti arab

bahan-bahan
500g tepung gandum
6g yis kering
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300ml air suam
minyak masak untuk menggoreng
 p/s: saya tak sukat secara detail pun.if 500g tepung tu hasilnya banyak sgt..sy guna sikit je.rasanya tak sampai 300g :).so yang lain tu saya agak2 je supaya terjadi doh:)

cara-caranya
  1. gaulkan tepung dan yis supaya sebati.
  2. di bekas lain, campurkan gula, marjerin, minyak masak dan air.gaul sampai gula hancur ye
  3. masukkan campuran (2) kedalam bahan(1)
  4. uli sampai terjadinya doh.sampai tak melekat ditangan.
  5. perap doh dalam bekas bertutup selama 1 jam
  6. bila sudah satu jam, tumbuh doh untuk buang angin dan kepalkan bulat-bulat kecil
  7. canaikan nipis dan boleh da menggoreng
  8. goreng dalam minyal yang banyak. tunggu sampai roti tu kembong baru balikkan roti tu ye..
  9. selamat mencuba!sedap sangat...
kari ayam

bahan-bahan

beberapa ketul ayam yang di potong kecil
2 ketul kentang( ikut suka korang nak letak banyak mana) yang di potong dadu kasar
 1 paket rempah kari
 1/2 biji kelapa ( santan ikut suka korang nak banyak mana pun.jangan cair sangat)
halia, bawang putih dan bawang merah( dikisar halus)
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis- untuk menumis
garam secukupnya
minyak untuk menumis
air.

cara memasak
  1. panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar, bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.ada daun kari boleh letak!takde pun takpe..hehe
  2. bila agak garing, masukkan pes kari( rempah kari+ air) dan masak sampai naik minyak
  3. masukkan ayam dan kentang. masak sehingga air ayam kering ye..gaul selalu takot nanti hangit pulak..
  4. masukkan santan, dan garam..masak sampai mendidih dan sehingga kentang empuk..
  5. selamat mencuba :)
 ini juadah roti arab dan kari ayam saya..hehe..letak asing2 mangkuk kecil kari ayam.satu untuk suami satu untuk saya..atirah suka kentang :)





 sedap sangat makan semasa berbuka semalam :)..korang cuba la ye

4 comments:

  1. rupanya nak buat gulai kena guna blended bawang baru sedap sikit. sebelum ni tak guna tak sedap sgt

    ReplyDelete
  2. buka blog ni pagi pagi..adoih! tergugat iman puasa ku :)

    ReplyDelete
  3. ajmal: wah rajinnya memasak diperantauan...klu masak gulai ayam /daging selalu kisar baru sedap.klu gulai ikan mayang je da ckup :)

    ReplyDelete
  4. cindyrina:hehe..nanti balik torai la..sedap tau..hehe...

    ReplyDelete

thanks kerana sudi memberi komen :)