as-salam
semalam berbuka saya masak nasi lemak, rendang daging, ayam goreng dan kuih cara manis je..simple..makan sorang sebab suami masih ada kerja di opis..opss..silap..makan dengan atirah :)..banyak atirah makan nasi lemak semalam :)
mari kita kongsi resepi kuih cara mudah, ringkas dan sedap ni :)
bahan-bahan
100g tepung gandum
200ml air
sebiji telur
perasa pandan(daun pandan lagi sedap)
sedikit garam
pewarna hijau
gula secukupnya
cara-cara memasak
- pukul telur, tepung gandum, air dan garam sampai sebati..biar lama sikit baru. masukkan perasa pandan dan pewarna hijau..
- tapis adunan supaya tidak berketul
-panaskan acuan, dan sapukan minyak supaya nanti kuih cara anda tidak melekat
-tuangkan adunan dalam acuan.
-masukkan gula ditengah-tengah
-masak sampai warna adunan kelihatan seperti sudah masak..
(pastikan api peerlahan ye.kalau panas sgt nanti kulit hangus tapi tepung belum masak)
acuan kuih cara saya cam bujur telur..selalu yg lagi cantik bergaris2 kan..hehe :)
kalau masak sendiri boleh letak gula banyak2..so sedap :)
p/s: love your CITY? sekarang kan kempen cintai kampung halaman kan..nak tengok tak video yg dah siap??seronok :)
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)