page

Tuesday, August 28, 2012

perjalanan lancar balik ke kampung_gambar raya 2012 part 1

as-salam

rasanya lama tak upload cerita baru. seminggu beraya memang takde update langsung dari blog ni.mood bercuti, makanya mood untuk berkongsi cerita di blog pun tiada.tiada kesempatan nak beronline depan pc..update blog tru HP?memang bukan saya lah!

rewind balik Jumaat lepas ( 17 ogos 2012)

tengah hari nya dapat sms dari suami, majikan kasi pelepasan pukul 12.30tengahari.so plan nak balik kedah awal diteruskan. selepas amek atirah di Teratak Manja, kami terus angkut semua barangan yang perlu dibawa pulang ke kereta.rumah semua sudah siap rapi dan elektrik juga di Off kecuali freezer. tengok rumah da ready untuk ditinggalkan, baru kami bertolak ke kedah..

perjalanan pulang ke Kuala Nerang,Kedah amat nyaman sekali.kami bertolak jam 1.30petang. trafik sangat lancar.sampai tertanya-tanya, macam tak mood perayaan pun.haha..elok la kan tak jammed.sangat smooth.. takde kemalangan berlaku.cuma sedikit je jammed di Penang sebab time tu pukul 4-5ptg orang balik kerja..kat tempat lain semua smooth.boleh bawaj 140KM/J :).kami sempat berbuka di Kedah.tp sengaja tak berbuka di rumah sebab tak nak rushing2.kami berbuka di tengah2 sawah padi di Langgar. lepas tu terus balik rumah.sampai rumah dalam jam 8.30mlm..


Sabtu (18 ogos 2012)
berehat dan bersiap apa2 yang patut untuk sambut lebaran..bermain bunga api dan mercun di malam hari..seronok sangat..kuih muih tak perlu dibuat lg sebabnya kami siapkan awal2 lagi..kuih yang paling laris sekali adalah KUIH SAMPERIT buatan adik manis saya, si Hasmah,. anak buah mengangkut aje malam tu..sampai nak luak da balang kuih samperit.so malam tu Hasmah buat lagi 2 adunan samperit :)..i love it too.. mak buat ketupat palas(kami adik beradik tak pandai buat ketupat palas T_T) dan saya buat gulai ayam.sementara abang bakar daging.awal pagi raya, ayah masak nasi tomato dan mak masak ayam masak merah :)

Ahad( 19 ogos 2012)
pagi raya. bermaaf-maafkan sesama ahli keluarga dan sanak saudara..penat makan dan berjalan..selamat hari raya uols. paling seronok adalah si atirah la.tahun ni beraya atirah da boleh berjalan, bersalam-salaman, berkiss-kiss,,dan bonus dapat duit raya..

pagi raya pertama kami bertemakan `LITE GREY`. manik pada baju tak sempat siap..sikit je..tapi ok lah..hahhaha.keluarga abang sulung saya bertema `MERAH Man U`.. tema keluarga kakak kedua saya ` BIRU celcom`. ayah dan Mat pizi berwarna `PINK Belacan`.hasmah dan hafawati bunga-bunga pink.senada dengan warna baju ayah.


banyak gambar ditangkap..tapi tak sempat nak amek hari tu dari SD card abang..yang ada ni saya copy dari FB saya je..next week dapat hasil tangkapan, saya upload lg.
 keluarga besar saya...team biru kakjat sekeluarga, team merah kluarga abg pendi, team kelabu keluarga saya, team pink belacan  anak teruna dan anak dara....dan yang biru hitam tu Bibik kakjat :)











 atirah bersama pak tam

si cantik  dan di manis..

papa, mama dan atirah..




 ini keluarga abg sulung saya..mereka team merah
abg pendi,kak nani, irsyad dan  izzad :)





 both mama dan papa..semoga ikatan perkahwinan ni sampai ke syurga,,amin..love u sgt2 lah!
 aidilfitri yang ke dua untuk mama, papa dan atirah :) selamat hari raya aidilfitry (1433 H)



 time ni my bestfren datang beraya..syika, aliph dan si comel mya zara..kami bertema kelabu raya ni :)




tok ayah dan cucu-cucunya..time ni atirah da tdo..aduh!
dari kiri, aiman, izzad, airisya sofea,irsyad dan airil(oon),



next week i do upload more pics..so untuk hasmah dan hafawati, next pics is belong to you.but please make sure bring the softcopy ye.ada dalam laptop pizi

p/s: MAS buat promo flight sempena Merdeka..cepat! jangan lepaskan peluang!

7 comments:

  1. wah sgt sedondon baju raya korang...
    byk gambar, best nengoknya..meriah..!!
    aku pulak sgt susah nk ambik ambik gambar ngan adik beradik..maklum la kebanyakkan lelaki..

    ReplyDelete
  2. aku lak..sekeping pon tak dak gmbaq raya taun ni..hehe.
    rugi lak ingat2 balik

    ReplyDelete
  3. HAHA
    tau2 je aku nk baca kan

    ReplyDelete
  4. noor: haha,,memang sedondon habis sebab beli kain 10 meter utk 3 beranak..hehe.mmg hantu bergambar kitorang ni sebenarnya:)

    ReplyDelete
  5. mrs gold: awat tak tangkap gambar?hehe.takpe raya ada sebulan..cepat tangkap gambar sedondon :)


    ak yuyunz: tq dear..hehe

    ReplyDelete
  6. hasmah: memang tau.konfem korang akan baca..sebab ade note di situ :)hahhaa

    ReplyDelete

thanks kerana sudi memberi komen :)