page

Thursday, August 30, 2012

19/8: atirah 15 bulan dan spiral chicken bolognese

as-salam

raya hari tu genap usia atirah 15 bulan.yakni setahun 3 bulan..badan atirah tu sejak lahir lagi semangat.susut sekejap masa demam seminggu haritu.lepas tu kembali semangat..nampak macam atirah ni jenis rangka besar.sebab tu tak nampak petite macam gigirl yang lain.da nampak macam 2 tahun..( ntah ini orang yg ckp)..mama still nampak atirah bby comel je..hehe

progress atirah 15 bulan:-
  • gigi geraham sudah muncul 4 batang.sehari sebelum raya badan atirah panas je..alhamdulillah tak meragam,,bila diperiksa badan dia baru nampak ada geraham nak tumbuh
  • atirah ni even boleh berjalan di usia 12 bulan, dia masih lagi tak stabil,tapak kaki rata bak kata cikgu dia.kurang stabil..memang pun!masih lagi nak terbalik ke belakang.so kena extra take care
  • rambut atirah macam ikal-curl.tapi papa masih nak cakap lurus.haha.kelakar..hakikatnya rambut atirah curl dan ikal mayang if panjang..hahahha.oleh sebab curl,maka tak nampak panjang rambut dia
  •  bab perkembagan dari segi bercakap, mengikut arahan, itu adalah subjektif pada pandangan mata masing2.atirah biasa-biasa sahaja,.pandai ambil hati mama papa ikut cara dia..so big NO NO untuk labelkan dia apa..she just my cute little girl..let her grow up naturally without comparison to other:)
  • bab makan atirah sekarang sudah pandai memilih..tapi masih berselera besar..hehe.
  • atirah tak suka buah tembikai..kurang suka buah yang manis2..atirah suka mempelam..
  • rumusan ringkas tentang kebolehan atirah: pandai baca doa dan amin sebelum makan(bahasa dia la), pandai salam dan kiss,pandai simpan duit dalam tabung, rajin menolong masa mama tengah masak, rajin tarik baju keluar dari almari..dan macam2..
okes.dah la tu bab atirah..mari kita tengok cik atirah yang 15 bulan ni makan!

atirah pakai dress kuning yang sama mase harijadi beliau haritu.kami baru balik dari beraya rumah uncle Hanan dan Auntie Najwa..so mama tak tanggalkan lagi baju dia tu.so makan malam bercantik2 la atirah kt rumah.

lepas g beraya kami singgah Hero beli stok barang rumah,so malam tu mama buatkan atirah spiral chicken bolognese.atirah memang suka pasta ni..habis semangkuk.tp atirah tak suka peas dalam mix vege tu.yang len dia telan aje.









puas mama panggil atirah supaya tengok kamera..tapi dia boolayan je..layan pasta lagi sedap katanya..ahhaa.so semua pics menunjukkan aksi atirah sedang makan je.dua dua tangan dia bantai aje..tangan kanan pegang garpu.ikut mana cepat je,..


Wednesday, August 29, 2012

Kelab NURI: tabung dan Keychain

as-salam

Isnin lepas masuk je kerja CPU buat hal, so masa yang ada tu saya turun kejap ke Bank Rakyat dekat ground floor Wisma Zelan untuk bank in kan duit raya Atirah.

mama atirah ni tak pandai pegang duit lama-lama.takut kang mnyusut nilainya.so elok la disimpan terlebih dahulu. kali ni dapat tabung Nuri dan Keychain Nuri.seronok uols..lepas ni nak benda lain pulak,makin bertambah gift dari Nuri Atirah dapat.dulu semua duit lepas bersalin dan raya tahun lepas pun simpan di Bank Rakyat jugak. 

so far atirah hanya ada satu je bank Simpanan. belum ada lagi akaun lain..nanti la bila mama da banyak wet boleh simpankan kt bank lain.sekarang ni simpan aje la kt Akaun Nuri dulu.SSPN pun belum register lagi..huhu



sekarang da ajar atirah masukkan duit dalam tabung.sebelum ni mama kutip letak dlam bekas.sekarang atirah da pandai kutip letak dalam tabung dia sendiri..

selamat menabung ATIRAH!chaiyok2




p/s: ada nampak tangan lelaki tak kt gambar tu?itu Ezani, IT exec.dia tengah betulkan CPU saya:)

crochet bekas kotak tisu _ pink blue+roses

as-salam

if refer kepada list to do raya saya pada entry entry yang lepas, semalam baru je setel satu cover tissue box saya. sebenarnya benang yang dibeli tu untuk buat cardigan atirah.tapi bila da cuba buat macam tak sesuai je..sedikit kasar dan tebal benangnya,.so saya buatkan kotak tisu je:)

mari la lihat hasil kotak tisu saya :)


ini benang yang saya beli dari FB..angan-angan untuk cardigan atirah musnah..so yg terhasil kotak tisu je..tp masih banyak baki.ingat nk buat handle utk fridge..tp ntah le..selalunya yg plan tak jadi, terjadi benda lain :0



ini la kotak tisu raya saya:)..ada 3 kuntum bunga rose yang gedabak besar :)..



 
abaikan kejelekan dinding rumah sewa ku ini :)

ada kuih raya lagi tu, jemput la ke rumah.roger dulu hookey!



Tuesday, August 28, 2012

perjalanan lancar balik ke kampung_gambar raya 2012 part 1

as-salam

rasanya lama tak upload cerita baru. seminggu beraya memang takde update langsung dari blog ni.mood bercuti, makanya mood untuk berkongsi cerita di blog pun tiada.tiada kesempatan nak beronline depan pc..update blog tru HP?memang bukan saya lah!

rewind balik Jumaat lepas ( 17 ogos 2012)

tengah hari nya dapat sms dari suami, majikan kasi pelepasan pukul 12.30tengahari.so plan nak balik kedah awal diteruskan. selepas amek atirah di Teratak Manja, kami terus angkut semua barangan yang perlu dibawa pulang ke kereta.rumah semua sudah siap rapi dan elektrik juga di Off kecuali freezer. tengok rumah da ready untuk ditinggalkan, baru kami bertolak ke kedah..

perjalanan pulang ke Kuala Nerang,Kedah amat nyaman sekali.kami bertolak jam 1.30petang. trafik sangat lancar.sampai tertanya-tanya, macam tak mood perayaan pun.haha..elok la kan tak jammed.sangat smooth.. takde kemalangan berlaku.cuma sedikit je jammed di Penang sebab time tu pukul 4-5ptg orang balik kerja..kat tempat lain semua smooth.boleh bawaj 140KM/J :).kami sempat berbuka di Kedah.tp sengaja tak berbuka di rumah sebab tak nak rushing2.kami berbuka di tengah2 sawah padi di Langgar. lepas tu terus balik rumah.sampai rumah dalam jam 8.30mlm..


Sabtu (18 ogos 2012)
berehat dan bersiap apa2 yang patut untuk sambut lebaran..bermain bunga api dan mercun di malam hari..seronok sangat..kuih muih tak perlu dibuat lg sebabnya kami siapkan awal2 lagi..kuih yang paling laris sekali adalah KUIH SAMPERIT buatan adik manis saya, si Hasmah,. anak buah mengangkut aje malam tu..sampai nak luak da balang kuih samperit.so malam tu Hasmah buat lagi 2 adunan samperit :)..i love it too.. mak buat ketupat palas(kami adik beradik tak pandai buat ketupat palas T_T) dan saya buat gulai ayam.sementara abang bakar daging.awal pagi raya, ayah masak nasi tomato dan mak masak ayam masak merah :)

Ahad( 19 ogos 2012)
pagi raya. bermaaf-maafkan sesama ahli keluarga dan sanak saudara..penat makan dan berjalan..selamat hari raya uols. paling seronok adalah si atirah la.tahun ni beraya atirah da boleh berjalan, bersalam-salaman, berkiss-kiss,,dan bonus dapat duit raya..

pagi raya pertama kami bertemakan `LITE GREY`. manik pada baju tak sempat siap..sikit je..tapi ok lah..hahhaha.keluarga abang sulung saya bertema `MERAH Man U`.. tema keluarga kakak kedua saya ` BIRU celcom`. ayah dan Mat pizi berwarna `PINK Belacan`.hasmah dan hafawati bunga-bunga pink.senada dengan warna baju ayah.


banyak gambar ditangkap..tapi tak sempat nak amek hari tu dari SD card abang..yang ada ni saya copy dari FB saya je..next week dapat hasil tangkapan, saya upload lg.
 keluarga besar saya...team biru kakjat sekeluarga, team merah kluarga abg pendi, team kelabu keluarga saya, team pink belacan  anak teruna dan anak dara....dan yang biru hitam tu Bibik kakjat :)











 atirah bersama pak tam

si cantik  dan di manis..

papa, mama dan atirah..




 ini keluarga abg sulung saya..mereka team merah
abg pendi,kak nani, irsyad dan  izzad :)





 both mama dan papa..semoga ikatan perkahwinan ni sampai ke syurga,,amin..love u sgt2 lah!
 aidilfitri yang ke dua untuk mama, papa dan atirah :) selamat hari raya aidilfitry (1433 H)



 time ni my bestfren datang beraya..syika, aliph dan si comel mya zara..kami bertema kelabu raya ni :)




tok ayah dan cucu-cucunya..time ni atirah da tdo..aduh!
dari kiri, aiman, izzad, airisya sofea,irsyad dan airil(oon),



next week i do upload more pics..so untuk hasmah dan hafawati, next pics is belong to you.but please make sure bring the softcopy ye.ada dalam laptop pizi

p/s: MAS buat promo flight sempena Merdeka..cepat! jangan lepaskan peluang!

Friday, August 17, 2012

Mari belajar pakai tudung raya :)

as-salam..

cerita pasal perempuan tak pernah habis ye..nak raya ni bukan setakat baju je! tudung la, kasut la, brooch la, itu belum kira perfume, mekap, waaaaaaaaa..banyak ok..tak lupa jugak manicure/pedicure dan spa..rumit oke!
tapi depend pada individu..kalau nak buat semua buat la..kalau tak nk buat langsung pun takpe..

korang da ada plan ke nak pakai tudung apa raya ni????

saya beli bawal Aidijuma je:)

saya beli tudung polkadot grey blue.

ini pulak cara pakai tudung bawal inspirasi dari Datin Juma sendiri..mari tengok :)
Photo: ULANGKAJI....SEBELUM NAK " MASUK HARI RAYA ".......

selain dari cara Datin Juma, ada video khas dari SUNSILK..ini video sangat memberi inspirasi,mudah je.tapi kurang sesuai untuk saya..mungkin untuk korang sesuai..oleh itu tengok la video ni ye



ada 4 gaya yang telah dipilih oleh orang ramai.so SUNSILK pun buatkan 4 Video untuk kita sama sama praktiknnya :)
 

  






atau korang boleh je pakai ala ariani ..sekarang mood Fareeda kan..cantik jugak,,ikut lah pada kesesuaian dan bajet anda..selamat bergaya di hari raya



lagu raya by Petronas

as-salam

hari Jumaat dah kan..kira hari terakhir bekerja di bulan puasa sebelum 1 syawal menjelma ahad nanti..saya masih di opis..company tak kasi pulak dismiss awal.so terpaksa amek halfday sebabnya Teratak Manja akan tutup pukul 1.

bajetnya suamipun dalam pulang awal.tp memang tak dapat.kena balik 4.30ptg jugak..huhu.risau betul lah nak hadap jammed kt Highway menuju Utara..huhu..nak tengok tak rupa jammed kt highway Utara semalam??

so untuk redakan sedikit ketegangan, meh layan lagu raya dari Proton ni,,..sedapkan lagu ni..kiki


 alamak..tak reti plak nak upload Youtube,,korang dengar kt link ni ye :LAGU RAYA DARI PROTON

update_2: list to do raya

as-salam

hari ni sudah hari Jumaat.petang ni nk balik Kedah..mari kita tengok tahap perkembangan yang berjaya dilakukan:-

 update dinyatakan dalam tulisan berwarna BIRU BOLD
  1. beg crochet raya- 60% siap - masih tiada progress
  2. beg crochet untuk atirah-0%- 60% siap..tp terpikir mahu buat satu lagi
  3. kuih raya-0%- 100% siap(almond london,.snow almond, corflake madu, cornflake rangup dan tart nenas je)
  4. aksesori untuk raya-50% siap- tiada progress
  5. kopiah anak buah-80% siap-100% siap
  6. headband dan aksesori sofiya dan nabila- 50% siap- 100% siap
  7. doily utk 2 meja- 0% - memang tak sempat buat..tukar dengan coaster..utk coaster baru 25% siap
  8. manik baju raya-0%- 35% dalam progress
  9. kemas rumah -0%- 100%done
  10. beli kasut raya atirah, mama dan suami-0%-100% done
  11. baju raya atirah-100% siap
  12. tukar duit raya-0%-100% done..sudah tukar dan sudah siap masuk dalam sampul
  13. kemas beg balik kampung-0%- 100% done
  14. kotak tisu utk kereta-0%- macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!
  15. pengikat langsir crochet-0%-macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!

penat sangat. busy 2 hari lepas.sampai tak sempat nak online.sory buat  pemenang bertuah.lambat bank in.tp saya sudah bank in ye tadi

satu lagi saya nk mohon maaf kepada dua lagi peserta giveaway.sebab sy buat keputusan untuk tutup contest tu sehari lebih awal.maaf..

Wednesday, August 15, 2012

idea untuk kek bertunang

as-salam

entry ni ditujukan untuk hafa, mat pizi dan hasmah..tak lupa jugak ros..hehe( sebab dorang ni akan baca setiap entry..betul tak???)

insyaallah jika tiada aral melintang, hari raya kedua (2 syawal) adik lelaki tunggal saya akan bertunang dengan kekasih hati beliau.alhamdulillah..kami berharap semuanya berjalan lancar.selepas wedding saya 2 tahun lepas, ini kira fresh event la..rasa seronok pulak nak menggubah hantaran kelak..

rasanya tak banyak dulang pun kot..itu tak pasti jumlah yang tepatnya..tapi insyaallah saya nak sponsor kek tunang diorang.nak membaking kek untuk adik sendiri..saiznya mungkin tak segah jika dibeli di kedai..niat yang iklas tu yang penting...tak gitu?

ada beberapa idea mendeko saya cilok dari internet..tak tau yang mana mampu buat..tengok semua deko cantik2..mampu ke tak buat macam dalam gambar tak pasti..yang penting usaha!tak la berapa risau sangat..kjat memiliki tangan yang kreatif.agak da spoil dekorasi kek tu, leh mintak kak jat oter..hahahhaha..

kek apa nak buat ye???buat yang mudah2 aje la ye..hehe.mari tengok kek yang cantik dan gorjes ni{cantik dan gorjes pada pandangan mata saya je..korang tak sure la :p)

 memang nak buat rose!sebab si petunang bernama rose..tapi jadi ke tak rose kitorang nanti tunggu dan lihat je la..haha

(1) dari chubby cheeks chews
 
(2)- dari i heart baking ~
 



(3)
dari pastrypassion.wordpress.com  

update_1: list to do raya

as-salam

hari ni sudah hari rabu..masih lagi banyak yang pending.tapi ada jugaj yang sudah dalam progres..mari kita tengok tahap perkembangan yang berjaya dilakukan:-

 update dinyatakan dalam tulisan berwarna merah bold!
  1. beg crochet raya- 60% siap - masih tiada progress
  2. beg crochet untuk atirah-0%- 60% siap..tp terpikir mahu buat satu lagi
  3. kuih raya-0%- sudah 40% siap..sudah buat kuih cornflake madu.almond london dan snow almond
  4. aksesori untuk raya-50% siap- tiada progress
  5. kopiah anak buah-80% siap-95% siap..tinggal untuk irsyad je
  6. headband dan aksesori sofiya dan nabila- 50% siap- 100% siap
  7. doily utk 2 meja- 0% - memang tak sempat buat..tukar dengan coaster..utk coaster baru 25% siap
  8. manik baju raya-0%- masih belum sentuh
  9. kemas rumah -0%- 30% sudah kemas rak crochet..makanya macam kemas sikit sudut kreatif ku :)
  10. beli kasut raya atirah, mama dan suami-0%- masih belum beli.bajet nak pergi hari ni.semoga berjaya
  11. baju raya atirah-100% siap
  12. baju raya tambahan untuk papa dan mama- 30% siap- belum tambah apa2
  13. tukar duit raya-0%-100% done..sudah tukar dan sudah siap masuk dalam sampul
  14. kemas beg balik kampung-0%- langsung belum kemas.
  15. kotak tisu utk kereta-0%- macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!
  16. pengikat langsir crochet-0%-macam tak sempat je nak buat...lepas raya je la!
banyak belum siap kan..sedih betul la..ahhaha..petang ni ingat nak pergi beli kasut raya dan sedikit baju.motif ingin ajak si suami berbuka di Kenny Rogers.tengok petang nanti macam mana..plan malam ni nak buat kuih tart nenas dan cornflake rangup..erm..tengok la kudrat sampai macam mana..

pemenang contest sedondon ceria: first fiszah_pjo Giveaway

as-salam..

semalam saya kasi tunjuk semua gambar-gambar sedondon korang yang ceria meria tu..hee.pening nak pilih even penyertaan tidak lah beratus-ratus..sebab gambar korang tu so ceria ok..tapi perlu cari 2 pemenang sahaja..atas penelitian secara terperinci oleh si suami,

ini pemenang pertama :)

Puan Ilyani..


pemenang yang bertuah...



tahniah pada peserta ke empat
!Ayong Atikah,memang bertuah.sy buat dekat Random.org.yang terpapar adalah no 4


mohon pemenang dapat emel saya no akaun cimb ye :)..saya nak kasi duit raya :)..ini emel saya ye.
norhafiszah@gmail.com

buat yang kurang bertuah, korang tetap terbaik tau!memang sedondon dan ceria..nak aje kasi gift untuk korang sume..tp buat masa sekarang belum ada bajetnya..meh la raya umah saya kt cheras ni..makan kuih raya..dan dapat duit raya sekali..

thanks ye kepada yang sudi join, Shahida, Nad, Dnazz, Elin, Yanie, umi mya, ain mamasyahmi,mrs aisheteru,   saya sangat sangat hargai..nanti kita buat giveaway yg ke 2 ye..thanks~

Tuesday, August 14, 2012

update: first giveaway: contest sedondon ceria

as-salam..

thanks kepada yang sudi join..terima kasih sangat..blog ai tak femes sangat uols..harus la penyertaan tak meriah..tapi thanks kepada yang sudi join..ada 10 orang yang sudi join..thanks uols..

ini adalah pesertanya :)
  1. ilyani (mrs engineer & mr engineer)
  2. ainmamasyahmi (syahmi,mama&ayah)
  3. yanie anuar~putrajaya (My World@mylife@my story)
  4. ayong atikah (Ayong atikah)
  5. shahida (My Sweet life)
  6. elin (Happily Ever Afters)
  7. umi mya(Mya Elqayreena Azyran)
  8. mrs aishieteru ( to love and to be loved)
  9. nad( Ceritera Cinderalela)
  10. Dnazz( In Dnazz shoes)
seronok tengok gambar korang yang sedondon dan ceria tu..malam ni saya umumkan pemenang ye :)..tq sudi join ....

fiszah_pjo first Giveaway : sedondon ceria!

as-salam

ini sticky post  [ dari 30Julai 2012- 15 Ogos 2012]
entry baru ada kt bawah ye..scroll down please..

dah lama rasa macam nak buat giveaway je:)..


contest ni terbuka untuk semua yang nak join! apa yang korang perlu buat?? tapi harus la ada blog ya..senang saya nak tengok gambar korang..hehe..

hanya ada dua pemenang bertuah  yang akan terpilih..
1- berdasarkan pilihan juri- suami dan saya
2- random.org

hadiah nya adalah pemenang 1:akan menerima wang tunai RM35
 pemenang 2.akan menerima wang tunai RM20


syarat-syaratnya
1- copy banner saya dan harus letak dientry anda serta linkkan ye
2- jadi follower saya ye..
3-sedondon ceria ini terbuka ye..tak kisah la, anak beranak ke, suami isteri ke, adik kakak ke, kawan-kawan2 ke..asalkan sedondon yang ceria.korang buat entry dan letak gambar ceria korang tu ye..
4- da setel sila kasi link kat saya di ruang komen dibawah ye

giveaway ni akan berlangsung selama 2minggu .mean sebelum raya baru tau ye..sebab kira pemenang ni dapat  duit raya dari kami la :)..pemenang tu nanti sy transfer terus duitnya :)

30/7/2012  hingga 15/8/2012.

saya akan umumkan pemenang itu pada 16/8/2012  ye..

jom la join..saya kasi duit raya ni :)mudah je kan..just follow, buat entry dan letak gambar..nak tengok gambar korang yg ceria tu :)

jadual perjalanan lebuhraya(PLUS) untuk aidilfitri dan Merdeka 2012

as-salam

ahad ni (19/8/2012) sudah 1 syawal, insyaallah.mesti persiapan raya sedang giat dijalankan kan?kuih raya, baju raya, tukar duit raya, rumah raya sure da hampir sempurna kan?

tahun ni korang balik beraya ni mana???tahun ni turn kami sekeluarga balik beraya di Kuala Nerang, Kedah.lepas hari raya kedua atau raya ke tiga akan ke rumah sebelah suami pulak..korang da plan nak  balik kampung bila? saya nak balik kampung jumaat tengahari..insyaallah..

PLUS ada buat cadangan perjalanan menggunakan lebuhraya untuk utara dan selatan.selalunya time perayaan 3 kali ganda kesesakan atas lebuhraya..jumlah kenderaan yang meningkat..jika ada satu je accident alamat nyaberjanggut la atas highway tu..huhu..so mari kita tengok jadual perjalanan yang dicadangkan..kalau semua orang ikut jadual perjalanan ni..insyaallah akan smooth..tapi kita kan manusia..hanya merancang..nanti da tiba hari yang dinanti, ada aje agenda yang meminta perhatian masa..

rancanglah perjalanan anda..isi minyak penuh, top up touch n go, sediakan bekalan makanan dalam kereta ye.selalunya musim perayaan ni, RnR penuh hookay!sampai ada yang berhenti rehat di tepi jalan..pernah saya balik kedah tak berhenti mana-mana RnR.sebabnya FULL..

jangan lupa service kenderaan ye..check air dalam tangki kereta tu..jangan sampai kering..check jugak angin tayar ye..dan bawalah kereta secara berhemah...

p/s: NIVEA ada contest.hadiah lumayan..nak join??mana tau rezeki kan..JOIN lah!

Monday, August 13, 2012

suka tak PHOTOBOOK?RM52 je..

assalam..

hai korang suka tangkap gambar dan bergambar tu..saja nak kongsi dengan  korang apa yang saya suka:)..kan sekarang ni zaman digital kamera..you can snap thousand picture..nak pulak memory kad korang besar kan..hehe.lagi banyak..

kalau la tetiba memory card buat hal..aduh! abes hilang gambar yang penuh memory korang tu..huhu..sedih ok..bukan boleh diulang semula..

so nak share  dengan korang satu diskaun yang menarik ni..RM52 untuk photobook dari ILOVE DISCOUNT.

sebelum beli harus register dulu ye..free je.then da berjaya boleh beli..saya pun beli untuk gambar hari raya nanti :)



mari kita lihat contoh photobook yang diorang buat ni..:)seronoknya kita sendiri yang design..wah!cantikkan



mari abadikan kenangan bersama orang tersayang :)..

yang belum register boleh la register for FREE : ILOVEDISCOUNT..
CEPAT BELI SEMENTARA MASIH ADA..SEBAB DA RAMAI BELI :)



P/S: Iklan raya PETRONAS..ini best!


tukar duit raya baru :)

as-salam..

korang mesti da tukar duit raya kan..amboi..awalnya...hihi..saya baru je tukar td..huhu..kalau lambat-lambat tukar duit baru sudah habis..huhu..tapi Bank negara ada cakap, stok duit baru cukup untuk keperluan hari raya..tak percaya korang boleh baca artikel ni :)


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bekalanwangkertasbarumencukupi_BNM/Article/



Bagi mereka yang menghadapi sebarang kesukaran mendapatkan wang kertas baru, boleh menghubungi hotline 03-26907613/03- 26988044 sambungan 7402/8658 atau emel ke ncs@bnm.gov.my.
p/s: make sure korang pergi try tanya kt bank dulu before terus nak kol diorang ye..sian dorang :)
tadi saya turun ke Bank Rakyat bawah opis ni..yang tinggal note rm10 ke atas sahaja..so saya tukar rm 10 dan rm20 aje.naik je dari bank rakyat, kebetulan ada kawan opis ni nak tukar duit raya dari kawan dia yang kerja Bank.so saya join le sekaki..untuk duit RM1 dan RM5.
 ini tukaran duit raya saya..sama seperti tahun tahun lepas..ada yang nak kira ye jumlahnya.takpe..jangan susah suah kira, meh saya bagitau,tak banyak sangat..saya tukar RM500 je..tak berniat nak guna sampai habis..tapi ini la bajetnya..untuk kedua-dua belah pihak..

adik yg masih belajar ada 2 sebelah saya, sebelah suami ada lagi 6 orang masih belajar. anak buah sebelah saya dan suami dalam 12 orang..kedua ibu bapa saya dan mertua..tak lupa jugak nenek. ini senarai wajib setiap tahun..mungkin jumlah adik yang belajar akan berkurang.tapi jumlah anak buah akan makin bertambah.

untuk sedara mara dan kanak-kanak..ikut pada rezeki masing2..mana yang dapat duit raya dari kami alhamdulillah..atirah pun tahun ni da mula pandai pegang duit raya sendiri..

okes, ini gambar atirah beraya tahun lepas..masa ni atirah 3-4  bulan rasanya..raya aidilfitri :)..untuk tahun ni kita tunggu ahad nanti ye :)



atirah chubby kan..hehehhe..debab sungguh time ni :)

korang kenal tak pelakon REDZA MINHAT??ala yg berlakon dalam pisau cukur tu..comel kan?

saya bertuah: iftar with Siti Saleha by Trendsetter.com.my _part 1

as-salam..

seperti yang ditunggu tunggu, hari yang dinanti telah tiba..seperti dalam email, jemputan ke Iftar bersama Siti Saleha( model Trendsetter.com.my untuk edisi ramadan dan raya 2012)

Date: 11 August 2012 (Saturday)
Time: 6.00pm
Venue: Siang Seafood Restaurant, 6F
 
 
kami sampai lambat hari tu..huhu..lepas hantar atirah kt rumah Tecer Nani dekat Bandar Tun Razak, kami terus ke KL SOGO..boleh pulak haritu jalan ke Dataran Merdeka di tutup..kami terpaksa masuk ikut jalan lain..dekat area Central Market tu..jammed giler..bila da sampai area sogo, polik trafik buat hal!dia tutup parking nak masuk ke SOGO,adoi!spoil giler.terpaksa ikut Lorong Gombak untuk masuk ke parking SOGO. elok je sampai area Parking SOGO tengok polis trafik tu da bukak laluan!memang S*** betul lah..aduh..

kami sampai dalam jam 7 petang!lambat hookay.majlis start jam 6petang..malunye la hai..kami masuk sume orang elok je tertib duduk dengar MC, encik Ikhsan berucap..segannye la hai..masuk je terus dorang kasi semeja ngn Siti Saleha..mula-mula tak perasan sebab ai malu lg..bila dah duduk letak handbeg segala baru tengok..wah..cantiknya beliau :)

sangat manis dan cantik..baju yang Siti Saleha pakai pun simple dan gorjes ok..i love her hair style :) kemas dan nampak sangat manis..die peramah orang nya..sebenarnya more than 100 yang join contest by trendsetter.com.my ni..tapi hanya 5 orang yang bertuah dijemput untuk majlis ini..kira hanya 5 pemenang dan salah sorangnya adalah SAYA !..hehe..

sebenar nya banyak gambar saya amek..tp belum sempat nak ditransfer.so terjadi la iftar ni part 1, part 2 dan part 3..gmabar part 1 ni saya copy dari FB suami aje..sebab ai yg rajin tangkap gambar kan..makanya gambar tuan blog tak banyak..gambar suami tuan blog banyak!

selain dapat iftar bersama Siti Saleha FREE, kami dapat goodies bag dari KL SOGO..fragile kata si Iksan..mari lihat gambar :)

 si suami yang sgt suka sebenarnya..tp shy shy cat..hehe..kt rumah sibuk je ckp nk jumpa awek lama..kiki. cantik kan Siti Saleha ni :)natural beauty..sangat cantik lah!

 ini la 5 orang pemenang yang bertuah bersama pasangan masing-masing...can you spot me??





ini atirah..selepas amek atirah dekat rumah cikgu dia dalam jam 9.30malam, dia masih belum tidor..ini antara goodies yang kami dapat..sorang 2 kotak gifts..mula2 snap gambar hadiah aje..tapi atirah kt belakang da senyum..ingat amek gambar dia la tu..hehe..cian dak kecik tu..so mama snap gambar atirah jugak..atirah tengah  makan kentang goreng tu..sebab tu mulut die camtu..

okes. part 2 and part 3 will be coming soon!..gambar official nya kena tunggu dari KL SOGO :)