page

Wednesday, July 25, 2012

resepi ayam kurma dan sambal belacan goreng

as-salam..

ramadan ke 3-hari isnin lepas kami berbuka dengan hasil tuaian dari bazar ramadan je.dekat depan ofis ni, bazar ramadan Tasik Permaisuri memang sesak uols..sangat sesak.ramai orang.pulak tu harganya mahal,,huhu..

kami pergi bertiga.last sekali mama dan atirah stay kt tepi, papa je yang membeli..kami beli ikan bawal bakar, kaewtiaw gorang, mee rebus, murtabak, tau fu fah, dan air keladi..tak sedap pun..huhuh..

ramadan ke-4; hari selasa
semalam tak g bazar dah.konon nk berjimat.sebab g bazar kos lagi banyak. so masak je simple2.

saya masak ayam masak kurma, sambal belacan goreng, ayam goreng dan buah melaka je. so mari kita kongsi resepi..macam biasa, saya punya resepi simple mimple..haha..

resepi ayam kurma
-beberapa ketul ayam yang bersih
sepaket serbuk kurma
santan
*bawang putih
*bawang merah
*halia

* dimayang halus

kentang
cili besar
bawang besar
 garam
asam keping

cara memasak
1. tumiskan bahan yang betanda * sehingga naik bau yang wangi
2. masukkan pes kurma..(serbuk kurma ditambah sedikit air).masak sampai pecah minyak
3.masukkan ayam dan gaul sebati..masukkan jugak kentang..(jangan potong besar sangat kentang-takut lambat empuk
4. masukkan santan dan gaul sebati.boleh masukkan bawang besar di potong besar dan cili merah yg dipotong cantik..
5.selalu la kacau supaya hasilnya lebih cantik.masukkan asam keping dan garam,,

ayam masak kurma sy yang simple :)




sambal belacan goreng( resepi dari Acheh)


bahan-bahan
cili melaka
bawang besar
tomato
belacan
garam
minyak

cara-cara memasak
1.panaskan minyak, gorengkan cili melaka yg dipotong 2/3,..kalau tak potong nanti meletup
2.if malas, masukkan semua bahan-bahan tu dan goreng..if nak cantik, goreng setiap bahan tu satu persatu.
3.goreng sampai layu je..jangan sampai garing pulak ye
4. tumbuk ikut turutan ye..mula mula tumbuk cili sampai lumat, masukkan belacan, tumbuk lgi..kemudian masukan bawang dan terakhir masukkan tomato

lagi sedap kalau ada ikan bilis..yummy sangat..

sambal belacan yang telah siap ini tahan lama.sebab da goreng kan :)






hari ni berbuka dekat umah my sis kt Putrajaya..so tak masak..makanya takde la gambar untuk esok..kiki


p/s: mari la beramal dengan COLGATE..selain beramal dapat duit :)

No comments:

Post a Comment

thanks kerana sudi memberi komen :)