page

Monday, April 30, 2012

nota cinta buat suami...

as-salam..

hari ni mahu bermadah puitis buat suamiku tercinta..sempena ulang tahun perkahwinan yang ke dua esoknya, takut tak sempat nk buat entry..esok sangat banyak planning!


~nota cinta buat suami tersayang~

" bermusim kita bersama..menempuhi segala suka dan duka..meniti segala cabaran bersama..menghirup segala kegembiraan bersama..indah dan sempurna melayari bahtera percintaan....bagaikan tiada kesudahan cinta antara kita.."
"lafaz ijab berserta kabul tersemadi indah dalam kotak memori..janji terpahat dua hati dalam melaksanaka kewajipan sebagai Khalifah Allah...menuntut keredhaan ilahi dalam mengikuti sunnah rasullullah..ikatan  perkahwinan yang teguh..dicorakkan dengan kasih dan sayang..masa dan harta melimpah ruah..biarlah bukan kuantitinya yang dikira..kualiti cinta galang gantinya"
 " kain putih yang perlu dicorakkan. rezeki dan janji  dari Ilahi buat kita...nur Adriana Atirah bukti cinta pertama..secantik dan secomel mewarisi gabungan antara kita...bakal menyusul putera dan puteri untuk kita pimpin..agar menjadi bekalan buat kita ke Alam sana"
 " tiada hari ku lalui penuh sunyi..tiada hari ku tempuh dalam menyesal..kerana hariku, malam ku dipenuhi cinta dan sayang kepada mu wahai suami..kerana syukur itu indah buat aku terus semangat membina keluarga kita.."
 " buat suami tercinta..diri ini secebis dari rusuk mu..untuk dilindungi dan disayangi..aku bahagia berada dekat dihatimu..dilindungi rusukmu..hanya mampu terucap..aku cinta, ak sayang, ak bersyukur dengan adanya kamu!"

 selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua..
buat suami isteri 
syahnon dan norhafiszah

1/5/2010  - 1/5/2012

hehhe..boleh tahan jugak kan??????

4 comments:

  1. waahhhh!!! blh tahan.....

    klu mcm nih kena buat candle light dinner yg romantis nih.....:P

    ReplyDelete
  2. selamat..mg cinta kalian sampai syurga...amin

    ReplyDelete
  3. elin...waaaah kan..hehheheh...tak sangka den..candle lite diner??wow..best gak tu..

    ReplyDelete

thanks kerana sudi memberi komen :)