lama betul pending untuk sambung kisah Iblis ni..sedikit bizi hal duniawi..hukhukhukk...
sebelum tu bagi sesiapa yang belum baca entry pengenalan sila klik:-
PENGENALAN
SOALAN (1)
soalan no (1) dari nabi Muhammad s.a.w kepada raja iblis:-
" hai iblis!siapakah yang sebesar-besar seteru engkau dan betapa aku ini kepada engkau?"
maka sembah iblis:-
" ya nabi Allah, tuan hambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seteru hamba yang ada di atas muka bumi ini..
maka Nabi pun memandang muka iblis itu, maka iblis pun menggeletar seluruh tubuhnya oleh ketakutannya.katanya :-
" ya khatamil anbiya! akan hal hamba ini dapat menjadikan diri hamba sebarang rupa manusia, binatang dan lainnya hingga suara pum sedikit tiada bersalahan,dikecualikan sifat tuan hamba saja yang tiada dapat hamba serupakan, kerana ditegah tuhan. sekiranya hamba menjadikan diri seperti tuan hamba, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu."
"ya nabi allah!, kerana apa hamba cabutkan iktikad anak adam supaya mereka itu menajdi kafir ialah dengan sebab tuanhamba bersungguh-sungguh memberi nasihat memasukkan beberapa pengajaran kepada sekalian manusia supaya kuat mereka itu berpeluk kepada agama Islam, begitulah hamba bersungguh-sungguh menarik mereka itu kepada kafir dan murtad dan munafiq."
" hamba tarik sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus beralih kepada jalan yang salah dan hamba harap supaya mereka masuk kedalam neraka bersama-sama dengan hamba kekal di dalamnya selama-lamanya."
~tamat soalan 1..kita sambung soalan 2 di entry yang lain ya..selamat membaca dan mengambil iktibar~
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)