page

Friday, April 20, 2012

kisah iblis menghadap nabi muhammad s.a.w


as-salam..

hari ni saya kongsi pengenalannya dahulu ya..soalan2 dari Nabi Muhammad s.a.w kepada iblis akan diteruskan esok ye..

Allah s.w.t telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis menyuruhkan dia menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekalian yang dibencinya.

maka datanglah malaikat kepada raja iblis...

" Hai Iblis! bahawa Tuhan Yang Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau menghadap kehadrat Rasulullah s.a.w dan hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w dan yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w itu hendaklah engjau jawab dengan sebenarnya. jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras"

oleh kerana mendengar perkataan malaikat itu sangat dasyat rasanya dan amat ketakutannya maka segeralah ia menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w dengan menyerupakan dirinya seperti:-

"seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih banyaknya 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu"

lalu raja iblis memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali tidak jugak dijawab oleh Rasulullah s.a.w.

maka sembah iblis:-
" ya Rasulullah!mengapa tuan hamba tiada menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Tuhan?"
 maka jawab nabi dengan marahnya:-

"hai 'aduwullah seteru tuhan! kepada akukah engkau menunjukkan mukamu!..berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akanku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan hasutan engkat dan Nabi Allah Ayub a.s engkau tiupkan dengan asap racun pada masa ia sedang sujud di dalam sembahyangnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. dan kisah nabi Daud dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu sperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya. demikian juga beberapa  para anbiya dan pendita pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatanmu yg khianat.

Hai Iblis!sebenarnya sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla,hanya salam itu sahaja tiada hendak ak menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kerana laknat serta ditentukan-Nya engkau dalam neraka yang sangat keras bagi menyiksakan dirimu, maka ak kenal baik baik bahawa engkaulah iblis raja segala syaitan yang menyamarkan diri"

 maka sembah iblis:-

" ya nabi Allah! janganlah tuan hamba marah. demi sebenarnya tuan hamba Khatamin  nabiyyin walmursalin dan kekasih allah taala maka dapat tuanhamba kenal akan hamba."
" ya nabi allah, adalah kedatangan hamba kemari ialah dengan izin tuhan jua telah datang malaikat menyuruh hamba menghadap tuan hamba supaya tuan hamba tanya apa jua sesuatu ehwal umat tuan hamba sedialah hamba khabarkan dengan terus terang dari pada segala tipudaya hamta atas sekalian manusia daripada Nabi Adam hingga kepada zaman yang kemudian daripda tuan hamba."
 " ya  nabi Allah! tiap-tiap satu yang tuan hamba tanya sedialah hamba mengaku menerangkan segala jenis satu persatu dengan sebenar-bernarnya tiada berani hamba sembunyikan"
" ya nabi Allah! kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur leburlah diri hamba menjadi abu"

syahadan manakala Nabi Muhammad s.a.w mendengar sembah dan sumpah raja iblis maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata dari hatinya:-
 'inilah suatu peluang dapat ak menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan jua supaya menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekalian umatku hingga kemudian  hari kelak.'



to be continued....
P/s: soalan pertama hingga 40 akan disambung esok ye..selamat membaca dan beramal...semoga kita ambil iktibar

No comments:

Post a Comment

thanks kerana sudi memberi komen :)