rasa macam dah lama je tak buat entry..hari ni nak kongsi dengan korang berkenaan berus gigi untuk bayi..
bayi akan tumbuh gigi seawal 4 bulan..ini paling awal la..dan tempoh lambat bagi bayi tumbuh gigi adalah tidak terhad,ada bayi mula tumbuh gigi seusia 10 bulan..ada yang setahun pun masih belum tumbuh gigi..
bagi bayi yang sudah tumbuh gigi, maka si ibu perlu memberi sedikit perhatian kepada kebersihan gigi bayi.ini kerana bayi yang menyusu dan yang sudah makan makanan pejal akan meninggalkan kotoran pada gigi mereka..sekiranya tidak diendahkan takut nanti warna gigi bayi akan bertukar kekuningan..malah lebih teruk akan terbentuk karies..
pada peringkat permulaan tumbuh gigi, para ibu disyorkan menggunakan kain basah untuk cuci gigi bayi..jangan terlalu kuat. takut nanti luka pulak gusi mereka yang lembut tu..
jika sudah agak kuat gigi tersebut, elokla guna berus gigi silikon tu..yang masukkan di jari ibu..untuk kes Atirah yang sudah ada gigi 2 batang seusia 6 bulan, saya mulanya hanya menggunakan kain basah untuk cuci gigi beliau..
sudah masuk 9 bulan, gigi Atirah masih lagi 2 batang di bawah..saya beli berus gigi silikon..macam gambar gambar di bawah..
pureen baby toothbrush |
masukkan jari,letakkan ubat gigi dan gosok aje :) |
okes, selamat mencuba!
gambar terdekat mama dan atirah!
hai uols..tengok gigi 2 batang atirah tu..gigi mama abaikan! |
No comments:
Post a Comment
thanks kerana sudi memberi komen :)