assalamualaikum..
betul la orang cakap, otak memainkan peranan yang sangat penting dalam apa jua perbuatan yg akan dan bakal dilakukan..semalam saya MC lagi..heheh..banyak betol kumpul MC..pity me..
sudah masuk 36 minggu= 9 bulan.. bermakna bulan terakhir membawa perut yng membulat ni..tangan plak makin gatal menggoogle tanda2 bersalin.. so bila dah cam agak hafal simptom2 nak bersalin ni, pantang sakit sikit laju je kata "eh, dah nak bersalin dah kot"..hahhahhaa...
ini antara tanda2 dah dekat nak bersalin...saya himpunkan dari bahan bacaan dari google je(tapi tak lengkap ye) :-
Tanda # 1 – Bayi anda ‘menurun’
Sekiranya anda mengandung buat kali pertama, anda akan merasai bebanan di bahagian pelviks beberapa minggu sebelum melahirkan. Anda akan mengesan tekanan yang kuat di bahagian pelviks.
(saya dah mula rasa..tambah2 kalau bangun berjalan..kadang2 masa tidur pun rs tekanan tu :(... )
Tanda # 2 – Kontraksi Braxton Hicks
Kekerapan kontraksi Braxton Hicks boleh juga memberi amaran pra kelahiran. Kontraksi kelahiran sebenar ditandakan melalui kematangan pangkal rahim dan kepala bayi mulai turun menandakan kelahiran sebenar akan berlaku.
Semasa ia berlaku, sesetengah wanita akan mengalami kekejangan, ia seakan sakit senggugut
Ada kalanya, kontraksi Braxton Hicks seakan kontraksi sebenar, ia menjadi sangat sakit dan kekejangan berlaku setiap 10 hingga 20 minit. Keadaan itu membuatkan anda tertanya-tanya adakah ia kontraksi sebenar yang dirasai semasa hendak bersalin. Bagaimanapun, sekiranya kontraksi yang dialami tidak terlalu panjang, lebih kuat dan kadar kecutan dan kembang pangkal rahim tidak secara progresif, maka ia hanyalah kontraksi palsu yang dinamakan ‘false labor’
.( perut saya selalu keras..dan sakit..tapi bukan braxton hick lagi rasanya..sebab kekerapan tu langsung tak sekata...ke ini boleh dikategorikan sebagai petanda jugak?
Tanda # 3 – Kematangan pangkal rahim
Beberapa hari dan minggu sebelum melahirkan, Braxton Hicks mungkin menjalankan kerja-kerja saringan seperti melembutkan, menipiskan dan mungkin membuka sedikit pangkal rahim. Sekiranya anda pernah melahirkan, pangkal rahim anda mungkin mengembang satu atau dua sentimeter sebelum proses bersalin – tetapi perlu diingatkan, kelahiran tidak semestinya berlaku, sungguhpun waktu itu kandungan pertama anda telah memasuki 40 minggu dan pangkal rahim mengembang satu sentimeter. Sekiranya anda menghampiri tarikh bersalin, doktor sakit puan akan memeriksa faraj semasa lawatan prenatal. Ia bertujuan untuk melihat sama ada pangkal rahim telah berubah atau sebaliknya
Tanda # 4 – Anda mengalami mucus plug atau ‘bloody show’
Anda mungkin mengalami mucus plug – sejumlah kecil lendir pekat yang jernih yang menyelubungi saluran pangkal rahim semasa kandungan memasuki usia 9 bulan. sekiranya pangkal rahim mulai mengembang, ia menandakan anda semakin menghampiri saat bersalin. Lendir-lendir itu akan keluar bersama dalam bentuk gumpalan. Lendir itu mungkin bercampur dengan darah yang menyebabkan ia berwarna coklat, merah jambu atau merah. Maka itulah yang dinamakan ‘bloody show’. Hubungan seks dan pemeriksaan faraj boleh mengganggu mucus plug dan menyebabkan pendarahan sebelum tiba waktu anda melahirkan. Dalam sesetengah kes, jika anda menyedari terdapat tompok-tompok darah, segeralah hubungi atau berjumpa dengan pakar sakit puan ( ini boleh dikatakan sedikit saja mkus itu..tapi belum bloody snow lagi..so bukan dalam masa minggu yangterdekat kot)
Tanda # 5 – Air ketuban pecah
Apabila air ketuban dalam kantung di sekeliling bayi terpecah, cecair itu akan bocor dan keluar melalui faraj. Sama ada ia keluar sekaligus atau sedikit demi sedikit, anda perlu segera menghubungi pakar sakit puan. Kebanyakan wanita biasanya mengalami kontraksi terlebih dahulu, kemudian barulah pecah air ketuban. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, air ketuban boleh keluar dahulu. Sekiranya ia berlaku, kelahiran pasti akan menyusul tidak lama selepas itu. Sekiranya anda tidak mengalami kontraksi dalam tempoh waktu yang tertentu, anda perlu di ‘induce’ (masuk ubat) untuk menggalakkan pembukaan pintu rahim bagi menyegerakan kelahiran. Hal ini kerana tanpa air ketuban, bayi lebih mudah terdedah dengan jangkitan kuman dan mungkin lemas akibat kekurangan air ketuban. (harus lah belum lagi?)
p/s: perut dah makin penuh dan sakit2..terasa seperti mahu bersalin awal..tapi risau ,seram. nerves semuanya ada..sempat tak nak balik kg hujung bulan ni???kalu tak sempat baby KL jugak la..bajet mahu baby Kedah..wallahualam...bila masanya tak dapat langsung nak predict..kalu awal bagus jugak :) ,mana tau baby nak sama ngn tarikh anniversary mama & papa...
insyallah semua selamat yg penting jgn panik okey. If ada tnda sakit bsalin cept2 g hospital/klinik sbb ank 1st nie kita susah sikit nak tau ape tanda2 sebenar nk bersalin.
ReplyDeleteBiar la nurse tue nnti kata false alarm ke ape. byk kemungkinan kita xtau. So just relax & g hospital =)
Take care! semoga selamat semuanya.. aminn ;)
fiszah : tu gak yg aku fikir skrg... hehe riso gak kalo awal x sempat nk balik johor.. nk jalan jauh pon tak brani da... hehe
ReplyDeletesemoga semuanya berjalan lancar ye..
take care dear
bestnya kalau bb lahir on the same date of u guys punya anniversary.... sweet, sweet! tp tkpela... bukan leh agak bila si kecik tu nak keluar, kan? :) yg penting, semoga semuanya selamat....
ReplyDeleteasna : thanks ye asna..tu la rsau kan sebab takdepengalaman..selalu pun baca pengalaman org je...
ReplyDeleteyan:kan kan...risao je if baby nk kuar awal tak sempat nk blik kg... thanks..take care too
ros: suweet kan if sama anniversary..wallahualam..sebab kerja Allah kan..tak tau bila baby nk kuar..hehe..take care too