pagi tadi datang ofis, Kak Hawa( akak seopis) ada kasi saya akar fatimah dari Mekah..alhamdulillah rezeki baby..sebenarnya, bapa mertua saya sekarang ada kt Mekah untuk mengerjakan umrah..dan beliau pun ada nak belikan akar Fatimah dan air zam-zam untuk kami dari sana..takpe la, adat orang memberi..itu rezeki baby..terima dengan syukur..alhamdulillah...
mengenai air selusuh ni. saya menggoogle kat internet..saya copy paste dari blog ni ye..korang jugak boleh rujuk blog ni..saya ambil untuk panduan kita bersama..http://susisitusini.blogspot.com/2010/06/cara-buat-air-selusuh.html
CARA BUAT AIR SELUSUH
UNTUK MENYEDIAKAN AIR SELUSUH UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN, KOMBINASI BACAAN DOANYA IALAH..
air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air
1. SURAH AL-FATIHAH
2. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 (59:21~24)
TERJEMAHANNYA
21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
3. SELAWAT SYIFA'
4. DOA SELUSUH....terjemahannya
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.
5. DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".
6. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
7. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
8. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah
p/s: mudah atau tidak proses kelahiran bergantung ye kawan2..tak bermakna kita amalkan air selusuh ni kerap kita mudah bersalin ye..kita hanya beriktiar dan merancang..Allah menentukan segalanya..semoga semua kelahiran dipermudahkan..amin....
p/s/1: ini info dari RDNA: minum air selusuh jangan awal2.masuk labour room je tau..mak mertua pon ade pesan benda yang sama..(baru je saya tambah sebab baru je dapat info dr rdna-thanks)
air selusuh tu jgn minum awal2 tau..dh masuk LR br minum
ReplyDeleterdna: thanks for the info..sy updatekan info tu dlm blog ye
ReplyDeleterdna: thanks for the info..sy updatekan info tu dlm blog ye
ReplyDelete