page

Tuesday, March 8, 2011

tips mudah bersalin #1 - Doa nabi Yunus

assalamualaikum...

pagi ni terasa mahu berkongsi sedikit info pasal tips mudah bersalin..

minggu lepas ada  balik rumah mertua di Palong. balik sehari je sebab hubby cuti pun sehari. bapak mertua takde sebab pergi kursus umrah. pastu laju je gtau kat hubby, nanti abah pergi Mekah boleh pesankan air zam zam dan akar fatimah..ada baca dari blog para ibu yang lain, ramai suggestkan mnum air akar fatimah semasa nak beranak..

perbualan kami didengari oleh ibu mertua..mak cakap takperlu la minum air akar fatimah tu..buat pengetahuan semua, ibu mertua saya ni melahirkan anak seramai 14 orang secara normal..so pelbagai petua dia amalkan sebelum ni.pada pendapat dia, tak membantu pun air akar fatimah ni..air ni tak boleh minum kalau tak sakit..petua mnum air ni semasa sakit nak meneran tu..kalu tak tak sakit, takkan terbukak jugak laluan tu..

so die mintak saya amal kan doa nabi YUNUS.sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah al-Anbiya ayat 87):

mari saya share kan utk tatapan semua:-

 إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٧

La ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin…
Tidak ada tuhan selain-Mu. Maha Suci Engkau. Sungguh, aku ini sudah berlaku zalim

banyak lagi petua2 lain..ayat2 yang elok diamalkan..tapi saya rasa elok kita belajar satu-satu dan amalkan. nanti da ingat kita belajar petua dan ayat lain pulak ye..apa pun petua mudah bersalin ni, orang kata keredhoan suami la paling penting.dan keredhoan ibu bapa..jangan kecikkan hati suami dan jaga tingkah laku kta..wallahualam..

No comments:

Post a Comment

thanks kerana sudi memberi komen :)