page

Friday, January 14, 2011

keinginan tanpa usaha (T_T)

assalamualaikum..selamat hari jumaat..

sebenarnya tajuk entry hari ni berkisarkan kehendak  hati yang meronta2 sukakan benda yang comel2 ni..
teringin nk belajar dan buat sendiri kerja2 seni  ni even tak pandai..cuba tengok apa yang saya teringin buat masa sekarang:-

1. belajar sulaman benang- untuk hasilkan tudung dan corak2 di baju atau beg atau mana mana sj yang bersesuai..mari tengok hasil2 orang yg rajin  berseni ni..( saya copy paste sebagai rujukan sahaja)




2. belajar mengait 1 jarum dan 2 jarum..untuk buat topi untuk baby, kasut  baby dan macam2 boleh buat..
(gambar2 ini saya copy dari google image ye..untuk aspirasi)



3. sulaman riben  untuk segala perhiasan..(gambar2 ini saya copy dari google image ye..untuk aspirasi)



cantik kan semua hasil seni mereka mereka ini??keinginan saya sekarang adalah untuk hasilkan sendiri semua benda seni ni. mahu mnyulam sendiri..mahu mengait sendiri..hari2 asyek bukak je laman web ni..

TAPI>>>>
suka tengok dan semangat meluap luap untuk hasilkn sendiri..tapi takde pun usaha nak beli buku ke, nk pergi masuk kelas sulaman ke..tak pergi beli peralatan ke...argh..tension ngn keinginan yang tak disertai dengan usaha ni..mengharapkan semua peralatan dan skill datang depan mata..macam mana tu??

TAPI>>>
saya ada beberapa impian hasil dari kerja seni ni..saya mahu hasilkan:-
  • 5 helai tudung bawal sulaman benang untuk dipakai hari2
  • mengait sepasang kasut utk my baby
  • mengait topi untuk my baby
  • mahu hasilkn alas meja makan dan meja kopi menggunakan sulaman riben
  • mahu hasilkan beg yang comel menggunakan sulaman benang.

mari kita tengok sejauh mana kesungguhan saya..adakah berhasil dalam tahun 2011 ni? atau disimpan untuk tahun tahun akan datang?????????


1 comment:

  1. first sekali yang patut dibuat adalah daftar kelas.hahha..

    Lina pernah masuk kelas decoupage je..lepas tu tak join mana2 kelas dah..

    ReplyDelete

thanks kerana sudi memberi komen :)