ak tertarik dengan petikan daripada blog ni:- http://lubaina.blogdrive.com/
6 JENIS WANITA MALANG
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
- Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
- Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
- Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
- Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
- Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
- Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
semoga kita semua tidak tergolong dalam 6 golongan wanita yang malang. marilah berusaha mantapkan diri dan tingkat ibadah..selagi peluang masih ada..mohon keampunan kepada-Nya dan bertaubat sebelum matahari naik di Barat.
nota kaki: ak pon bukan alim warak..kadang2 lebih kurang je dgn 6 watak malang di atas..tapi apa salahnya kita kongsi dan berubah ke arah kebaikan...hehehhe...peace no war!!!
uh, xmo la termasuk terutama bab2 bila wat sesuatu pada en.suami terungkit..
ReplyDeleteada ker..ampun abg..huhu..
gud info,tq 4 sharing..