page

Monday, May 27, 2019

sticker botol air transparent murah murah je!!!

assalam semua

salam ramadhan yang ke 22.. macam mana ramadhan kalian tahun ini? persiapan raya macam mana pulak.. tahun ni kami seperti biasa... sederhana tapi tidak dilupakan elemen glamor raya gitewww.. mesti la kan... nak raya takkan biashe biashe...


ok, straight to the point, nak share dengan korang  sticker transparent yang murah murah je, tapi KUALITI TIP TOP.. cantik sangat bila da tampal pada botol air korang. baru la tak bogel botol air jualan korang tu..

murah murah tu berapa ye bang???? selalu orang tanya walaupun dalam gambar iklan sy da letak harga.. tkpe dik. akak cerita sekali lagi.. sticker size 9cm x 5cm transparent ni harganya RM33 untuk 100pcs.. masih harga lama sejak bertahun tahun lamanya.. kami maintain kan aje harga untuk kalian semua,.,


sticker ni KALIS AIR. cetakan nya jugak KALIS AIR... pasang elok elok pada botol. pastikan masa pasang tu, permukaan botol adalah kering.. kalau botol air korang da sejuk beku, boleh jugak tampal. masa nak tampal tu gosok la dengan kain then laju2 lekatkan sticker. jgn lepas gosok biar lama pulak, nanti permukaan tersebut basah balik


meh la tengok gambar je..

SIZE: 9cm x 5cm
CETAKAN HITAM RM33/100pcs
CETAKAN PUTIH RM60/100pcs



Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: minum

Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang


Imej mungkin mengandungi: lilin dan teks

Imej mungkin mengandungi: minum

Tiada penerangan foto disediakan.



ada banyak lagi gambar sebenarnya. nanti korang skroll dalam ig kitorang k..

saya bagi link siap siap..just tekan je link tu k., direct masuk IG kami...

                      




korang jangan DM atau PM ya. terus je Wassap kami .lagi cepat...








Friday, May 17, 2019

bekerja semula 2019

assalam

[Ini Schedule Post]

hi la blog yang makin suram entrynya..rasanya takde yang mengikuti lagi kot..tapi takpe lah...cerita di blog supaya senang dicari kemudian hari..

saya resign dari Etiqa 2016 dan full time suri rumah sambil buat sticker kecil kecil untuk tampung komitmen bulanan. alhamdulillah cukup buat kami 5 beranak..tak mewah tapi tak kurang, cukup untuk kami berlima...alhamdulillah.Allah sediakan rezeki buat kami secukupnya...

3 tahun sentiasa ada turun naik nya..sales ada kalanya mencanak naik bergantung pada pemintaan... saat kurang sales pun alhamdullillah Allah hantarkan seseorang untuk buat tempahan menjadikan segalanya dipermudahkan...syukur..

2019, rasanya masa sesuai untuk kembali aktif dalam bidang kerjaya.rasa tak terlalu lama berehat.. rasa boleh uruskan bisnes diwaktu lengang.dan tak perlu perhatian 100% untuk bisnes..

saya mula update resume dan apply di Jobstreet.. semua yang berkaitan dengan kerja terdahulu saya tekan je sume.. dan dijadikan cerita alhamdulillah ada rezeki.selang seminggu apply dari JOBStreet saya dapat panggilan dari GETB.  HR minta datang interview esoknya jugak sebab dia urgent katanya..

ya Allah, nervous gile kot, dapat panggilan esok petang dah interview.apa pun tak prepare..tawakal je.laju laju baca balik bab takaful dan insuran. nervousnya Allah je yang tahu.da lama tak pergi interview..last december 2012 kot...sudah lama...

esoknya, (Hari kejadian), saya pergi sendiri je naik moto. anak anak suami jagakan. sebab interview 4.30petang. lokasi Jalan Ampang. memang tak nak la naik kereta. sis tak suka hadap jammed.sanggup bawak moto lagi...pergi interview tu memang tawakal je, nekad nk buat all out dan berserah selepasnya

Interview soalan soalan seperti agak dijangka..kenapa berhenti kerja , boleh kerja balik lambat atau pergi outstation luar KL , boleh buat itu.. boleh  buat ini.. saya bolehkan aje.hehe..
30 minit interview..tak susah..lagi susah nak mejawab soalan dari HR.HR sediakan soalan sujektif 5 soalan 5 paper ok.apa nak goreng tu susah sikit la....nak mengarang panjang panjang macam da beku je otak ni...

dipendekkan cerita, 1 minggu kemudian,HR call .dia inform " you are One Step Closer to join Our Company" , tapi ada beberapa lagi perkara yang diperlukan. kena isi borang2 yang diemelkan..lepas submit all the dokumen, 3-4 hari lepas tu, HR call lagi cakap " you are selected"..alhamdulillah..lepas dia inform berapa gaji yang ditawarkan, dia tanya cik nak tak job ni? gila tak nak????haha.mesti la nak...dah la 1 je panggil interview. memang nak la.sis tak sure if next IV sis berjaya ke tak... saya NAK.

HR inform datang buat medical check up dan amek offer letter  dan  Isnin depan terus daftar masuk..

alhamdulillah...

pada saaat entry ni tersiar, saya sudah pun 3 bulan menerima gaji tetap dari GETB. syukur alhamdulillah..dipermudahkan segala urusan. dapat team member yang sangat supportive, untuk makluman, kami team baru 5 orang yang handle new project dimana selain bos orang lama, 4 dari kami semuanya baru join. semua fresh start untuk GETB. seronok kot! macam masuk sekolah baru di awal tahun...

alhamdulillah...

syukur...

Monday, May 13, 2019

Rumah Selangorku (Skim rumah pertamaku)

Rumah Selangorku (Skim rumah pertamaku).. 
=========================================


RM195k  900Sqf.. 
Harga Betul2 murah.. 
Limited.. Hanya membantu untuk rumah pertama sahaja..
(Skim Bantuan Rumah Pertamaku)

Jangan lambat , unit cepat habis.. 

We Help u to get dream home..

Apartment Baiduri
Bandar Teknologi Kajang, Selangor.

# Unit Sangat Terhad!
270 unit sahaja.
Booking Segera!

Klik Link Ini Untuk pertanyaan:

===============================================
# 900 sqft (RM195K & RM225K) 
# Min Gaji Bersih RM2000

# 1000 sqft (RM235K & RM265K) 
# Min Gaji Bersih RM2300
==============================================

Booking hanya rm1000 sahaja 

Kelayakan
=========

# Bukan IC Selangor Boleh Mohon
# Utk yang berkerja Selangor / Kuala Lumpur sahaja
# Berkahwin atau bujang boleh mohon
# Skim Rumah Pertamaku (yang tidak pernah beli rumah lagi sahaja)

PROPERTY DETAILS:
====================
- Type : Apartment
- Size. : 900 - 1000 Sqft
- Layout : 3 Rooms / 2 Baths
- carpark : 2

Booking hanya rm1000 sahaja 

Jimat Rm20,000
# FREE SPA
# FREE extra 1+1 Car Park

Amenities :
_____

- Walking distance to Mydin Mall/ Billion Mall
- 2KM to klinik Kesihatan Kajang
- 2KM to primary Chinese School
- 5KM to Tesco Kajang/ Giant Kajang Perdana
- 10 mins Bandar Baru Bangi
- 15 min MRT Kajang
- 20 min IOI Mall

Facilities
____

- Playground
- Recreation Area
- Multipurpose Hall
- Gymnasium
- Surau
- Nursery
- Astro Point
- Unifi Point










korang nak tengok showroom cepat la book slot  tau. sebab rumah ni laku keras! direct wassap dengan agen ni tau. cepat sikit,.untuk memudahkan kerja korang, terus je tekan link ni, saya buatkan direct masuk whatsapp dia.. jangan risau, dia suami sy..so takdenye  scam ke apa.hahhah.

0196000262 (Syahnon)