Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Tuesday, October 30, 2012

aidiladha 1433H di Pasir Gudang,Johor



assalam

tahun  2012 turn beraya aidilfitri adalah sebelah isteri di Kuala Nerang,Kedah. oleh kerana sistem bergilir sudah menjadi tradisi turun temurun kami sekeluarga, maka sambutan hari raya aidiladha haruslah di sebelah suami. sepatutnya beraya di Palong, Neg 9. tapi keluarga mertua berpakat beramai-ramai untuk beraya di Pasit Gudang. rumah Uda, anak ke 3 dari 14 adik beradik dan merupakan abg sulung.

kami bergerak dari KL jam 7 malam.lambat siap sebab nak kemas rumah sebelum bertolak.oleh kerana jammed giler dan hujan yang sangat sangat lebat, perjalanan adalah sangat perlahan.sepatutnya 30 minit je jadi 2 jam lebih.kami singgah di Terminal One, Seremban sebab nak amek adik-adik ipar. Hasan, Husen dan Mamat sudah siap menunggu kami sampai.

perjalanan diteruskan ke Pasir gudang.perhentian pertama di RNR Ayer Keroh untuk makan.tapi kedai makan banyak tutup.ye la, esokkan nak raya..haruslah banyak tutup.lepas penuhkan perut yang kosong, kami teruskan perjalanan dan  kami berhenti rehat  lagi di RNR Pagoh.sebabnya suami sudah mengantuk dan pening-pening. so lepas dia tidor dan solat, kami terus ke pasir gudang,.kami sampai dalam jam 2.30 pg.sesi BBQ sudah lama tamat.

pagi nya makan macam biasa.oleh kerana takde sedara mara lain di pasir gudang ni, seharian kami stay kt rumah je.bakar otak-otak, udang, ayam..dan makan rendang.itu je la.hehe..atirah yang pendiam tu main je sensorang.main piano kejap..jalan jalan kat luar jap.tak banyak aktiviti kami buat.

petang nya dalam jam 6-7 ptg, kami  bertolak balik ke Batu Pahat.rumah pakngah..kami bermalam di sana.





















.




mari lihat gambar..entry selepas ini adalah mandi manda di Sagil, pusat peranginan di Gunung Ledang.seeejukk..nanti ye :)

khasiat anggur


as-salam

korang suka makan buah anggur segar?sedap bukan..manis..saya pun suka buah anggur segar..buah anggur kering juga sedap.iaitu kismis..pelbagai khasiat buah anggur ni sebenarnya..

dari pembacaan saya, buah anggur ni tinggi dengan vitamin C,A dan B1 dan B2. selain kaya dengan antioksida, anggur mempunyai 80% kandungan air..maka bagus untuk diamalkan..




selain dari kesedapan di mulut dan tekak, anggur juga memberi khasiat seperti yang berikut

-boleh menghilangkan bau busuk mulut
-boleh mencairkan kahak dan lendir( sesuai utk kanak-kanak yang ada batuk tu.boleh cuba anggur untuk kurangkan batuk-berkahak)
-menghilangkan perasaan marah..(ini betul ye..)
-menguningkan warna kulit..(ini saya tak pasti kesahihannya.)sebab seldomly take grape kan.mana tau keberkesanannya..eheh

dan banyak lagi kelebihan anggur ni.korang google je ye..

tapi harus hati hati dengan pengambilan anggur ye.jika berlebihan boleh memudaratkan kesihatan di mana kandugan gula dalam darah akan meningkat.dulu masa  hujung 2008 dan awal 2009 ayah saya jatuh sakit.memang tenat jugak time tu.huhu,ada masalah di pundi kencing beliau.batu karang rasanya.dari badan yang gempal terus jadi kurus.rasanya dekat 1-2 bulan ayah di wad,dan selepas operation ayah pakai " beg kencing" tu rasanya lama..mungkin 2-4 bulan kot.ini kurang ingat.

yang saya aware adalah kencing manis.ayah takde penyakit kencing manis,tapi masa sakit tu, doktor cakap ayah ada kencing manis.awalnya cek darah takde ape2..then ayah makan 2 biji je buah anggur..time sakit tu ayah berselera dengan buah je..maybe sebab kurang kabohidrate atau lelemak, menjadikan kandugan gula dalam darah tinggi kerana buah anggur.doktor sarankan ayah tidak lagi makan buah anggur sampailah kesihatan ayah betul betul pulih.

atirah dan kedai runcit


as-salam

malam ni entry berkenaan anak dara saya yang kian membesar itu..makin pandai mengeksperikan perasaan..pandai meniru dan alhamdulillah sihat walafiat.
19/10 yang lalu genap usia atirah 17 bulan yakni setahun 5 bulan,.cepat masa berlalu..si comel berambut ikal mayang itu makin cantik seperti seadaanya mewarisi gen dari mama dan papa..ye, atirah makin cantik..cantik adalah subjektif.so di mata seorang mama, atirah makin cantik.hehe.( mak mana tak suka puji anak kan..hehe..kang kata tak comel, mamanye jugak yg tak comel..baik cakap cantik.so nanti mama pun jadi cantik).hehe

silap saya jugak kot, suka sangat berhenti ke kedai runcit dalam kawasan perumahan saya tu,nasib baik la kedai runcit memang ada sebijik je.tu pun barang tak banyak.kalau lah supermarket yang banyak barang tu, parah den! selalu time balik sekolah dalam jam 6 petang++ kami berjalan beriringan selepas turun dari kereta..selepas memastikan kawasan yang selamat baru saya turunkan dia dari dukungan.

antara aktiviti wajib setiap pagi dan petang adalah memetik bunga kertas.ada beberapa deretan pasu pokok bunga kertas di tepi jalan yang menghiasi kawasan apartmen kami ni.atirah suka kan bunga kertas tu.wajib kutip sekuntum bunga kertas,nasib  baik la pokok tu berbunga banyak.kalau bunga ros yang segan2 nak membiak banyak tu harus la ada amaran" jangan memetik bunga"..hehe.atirah suka bunga kertas tu.kelakar pun ada..hari-hari sure ada sekuntum bunga kertas di jari mungil beliau.atirah pegang sampai masuk dalam rumah..hehe..

selain dari bunga, laju je atirah menonong masuk kedai runcit.tak payah suruh dia akan sendiri pergi amek segala wafer/keropok  yang boleh diambil.adoi la..tp selalunya mama belikan satu je keropok.30 sen setiap hari.seboleh nya mama akan laju2 melintasi kedai runcit tu.ada 2-3 kali menangis beria atirah sebab tak singgah kedai tu..amek la banyak mana pun, time membayar, mama pastikan 30sen je.yang lain sume letak balik.atirah tak kesah asalkan ada satu untuk dia..

hari isnin minggu lepas saya ready dengan kamera.Miss Violet yang baru tu senang dibawa kemana mana.so jom lihat aksi atirah dan kedai runcitnya..








saya belikan aispop..haha.tak elok amalkan ye.ini kali kedua atirah minum ais ni,pertama dulu sebab papa dia yang belikan.die suka nak tiru.now kali kedua mama pulak belikan.jangan beli selalu ye.ada banyak kandugan gula dan pewarna.if terlalu kerap diminum oleh bayi/kanak-kanak, kebarangkalian untuk mendapat diabetes adalah tinggi.

dulu saya ada dua orang sepupu yang berusia 6 tahun masa itu.mereka dimasukkan ke dalam wad akibat kencing manis kerana ais pop tersebut.sian.abes bengkak satu badan.

saya beringat juga,saya kasi atirah hanya sekadar merasa.bukan selalu.huuhuh..

Wednesday, October 24, 2012

crochet sarung kamera

as-salam

jika sudah lihat blog crochet saya,sure sudah melihat gambar bekas kamera yang telah saya buat.takpe., if belum jengah blog crochet saya, boleh baca sampai habis entry ni..

bekas kamera bentuk instagram ni untuk adik saya Hasmah,.beliau request untuk simpan kamera FujiFilm Instax mini pemberian ayah itu dalam bekas yang lebih cantik.maka saya menggoogle dan melihat model instagram adalah sangat comel.so saya pun try  and error je..tambah sana sikit, kait sini sikit,so terjadi la instagram utk kamera hasmah.pada mulanya bekas crochet ini tak muat,walaupun sudah dibuat mengikut ukuran,,oleh kerana badan kamera beliau yang montok tu, nak tutup tak boleh.so hasmah datang dan saya tambahkan lagi row.supaya boleh ditutup sepenuhnya...untuk melihat gambar lebih jelas, boleh ke blog fiszah's crochet ye



okey.untuk bekas kamera yang kedua pula tempahan dari Jiah yang comel tu..betul..Jiah tu comel jeorangnya.kawan kepada adik saya, Hasmah,.Jiah order beg crocodile sticth yg kecik  je.untuk muatkan kamera digital beliau yang comel itu.Jiah nak warna biru dan kuning..so saya buatkan seperti yang diharapkan :)

okey..setakat ni dulu ya update ditengah pagi buta ni.nak rest dan tido dah..esok saya buat lg entry baru ya.jangan risau,of cos ada entry sebab ada gambar :).seronok mengarang kalau ada gambar..saja je nk cerita yang ada gambar sebab ada kamera baru.hehe.kamera yang sudah rosak da digantikan dengan Miss Violet yang slim.digital kamera je uols.nak sangat pakai DSLR.tp tak mampu..ai mampu yang murah2 je nok!

crochet baby booties :)




as-salam..


update blog ditengah malam buta.ini je masa yang ada.sementara boleh online ni kan..hehe.tempahan kasut baby saya terima dari Puan Fadzillah rasanya 3 minggu lepas.lama betul nak siap..huhu.sedih kan..sory sangat pada cik puan yang order tu.kena tunggu lama.saya tak mampu nak buat cepat2.masa limited.huhu..


8 pasang booties yang ditempah alhamdulillah sudah disiapkan seperti yang diminta oleh beliau.senang bekerjasama dengan beliau sebab beliau kasi contoh gambar yang diinginkan warna yang perlu disepadankan.saya cuba sebaik mungkin agar menepati citarasa beliau..



8 pasang booties alhamdulillah sudah selamat diposkan.semoga puan Fadzillah berpuas hati dan minta maaf atas segala cacat cela ye..ada kurang lebih sana sini harap dimaafkan :)



sesiapa yang berminat nak tempah booties macam dalam gambar-gambar ni boleh la sms atau emel saya ye..saya suka jika emel.senang nak attached gambar.tp kasi saya masa ye.saya buat  bila saya ada masa lapang.tp saya akan cuba siapkan secepat yang boleh..













gambar yang lebih jelas boleh dilihat di blog crochet saya ye..mari la follow dan terjah di sana



emai saya ye : norhafiszah@gmail.com
sms/whatss up: 0136323715

Tuesday, October 23, 2012

Blogspot diblock!

Assalam..

Sejak minggu lepas blogspot sudah tidak boleh dilayari di ofis ni.so aktiviti update entry adalah sgt sedikit..balik rumah layan atirah dan suami je.so malas nak on lappy.

Insyaallah andai ada kelapangan saya akan schedule kan entry supaya tak sunyi je..

Update tru hp just in words ok la.if nak upload gambar tak ok.sebab gmbar jadi kecik..

Harini mood saya kurang ok.hati memberontak nak berhenti keja.huhu.sms suami cakap nk hantar surat resign..dia balas dengan hahaha yang panjang je..dan ajak minum petang hari ni lepas kerja..ok.sy tahu.dia mahu slow talk lagi la tu..huhu..

Wednesday, October 17, 2012

atirah dan teratak manja

as-salam dan selamat pagi
update menggunakan hp je.selalu time malam mmg xsempat nk online guna laptop.bukan x sempat.malas sebenarnya..
sejak atirah 5 bulan,saya hantar dia ke teratak manja dengan kos rm300 sebulan.saya hantar jam 8:15pg dan selalu ambil dia dalam jam 5:50ptg.sangat jarang melebihi masa.rasanya sepanjang setahun dia kt sana lebih 3 kali je kot saya lambat.hihi.sekarang atirah sudah 1 tahun 5 bulan..maka,sudah setahun atirah bersama teratak manja..
dari hari ke sehari..hati saya semakin senang meninggalkan dia di teratak manja.mungkin sebab baby girl yang cepat matang,atirah was very cool.sangat sangat jarang atirah menangis di saat hantar dan ambik..so saya simpulkan dia baby girl yg cool dan sukakan teratak manja..
kawan kawan atirah semuanya baikbaik..geram tengok kanak kank comel tu.sebaya atirah ramai.rasanya 7 org.baby ada 4 org kot..dan ramai akak2 dan abg2 yg berusia 3-6 tahun yg sgt behave dan boley bermain bersama. senang hati tengok dorang bermain..
pagi tadi antar atirah,angkat dia masuk keta masa dia sedang tidor..masuk kereta dia sudah berjaga.diam je tengok jalan..perjalanan 4 minit je pun.x sempat nk busan.sampai je kt teratak manja atirah tolong picitkan loceng menandakan dia sudah sampai..masa masuk antar tu kanak kanak sedang breakfast..mereka duduk dan menanti suapan dari tecer.yang sudah pandai akan pegang sendiri makanan tu.atirah nampak situasi tu terus nk turun dari dukungan dan tak sempat salam mama da meluru ke tempat tersebut dan terus duduk.menanti giliran utk diberi biskut dan cucur...
senang hati saya tengok mereka.bab makan insyaallah tak perlu risau.cikgu kasi makanan yg dimasak yg memenuhi citarasa kank kank.so far x de mslh cirit ke kembung ke...mmg da lama saya tak bekalkan atirah bubur atau nasi ke sekolah..yg bekal selalu coklat atau keropok.tu pun x selalu..hihi
senang hati tengok atirah macam tu..lega sungguh rasanya..selain dari tu dah macam tradisi menyambut harijadi kt teratak manja..tp bukan kewajipan..ikut pada ibu bapa..jika ada sambutan hari jadi selalu akan ada goodies bag dalam beg atirah untuk dibawa pulang.seronok!.mama dan papa tolong habiskan jugak...
alhamdulillah.....atirah suka teratak manja..mama pun suka.if emergency,boleh tinggalkan atirah bersama tecer nani(hari sabtu or ari ahad).of cos ada charge tambahan.tp atleast x sakit otak nk mencari orang jagakan atirah..atleast dia sudah biasa dengan tecer dia..
ok.stop kt sini dulu.bukan nk promote teratak manja..tp nk cerita ttg atirah.hihi.

Monday, October 15, 2012

update via hp:crochet earflap dan bekas air

Assalam...
hari ni update blog via my ace.sebbnya malas nk on netbook tu.so terus guna hp je.sy x pasti layout yg korang nampak tu ok ke tak..haari ni mc.doktor kasi dua hari supaya boley jaga anak.kali ni mc x mntak.tp doktor pulak yg laju laju kasi 2hari..ai like je;-)...

Update harini mengenai hasil crochet terbaru yg sudah diposkan semalam.tempaan
dari rashida,johor

beliau nkkan sarung bekas air yg sama warna dengn bekas air yg sy buatkn utk afa.dan tamban topi earflap utk bby 3 blan..so mari lihat gambar..


Wednesday, October 10, 2012

saya bertuah: JEEP Apparel dari LISA



as-salam

petang semalam  lepas solat zohor (masa di Ofis) saya balik ke tempat dan check HP.macam biasa la uols.tak lepas lepas tengok hp.macam2 update even sekejap je tinggal.selalu Whatsup, emel,notification FB, sms atau apa sahaja yang butuhkan tindak balas.

ada sms baru dari 66300..selalu tak korang dapat?kadang-kadang dari Celcom remind bayar bil telefon, dari third party yang promo stuff diorang yang ntah ape2 tu..kali ni 66300 dari LISA..saya baca sekali imbas je sebab ingat ini sms lama.sms tentang menang product Revlon yang lepas..masih buat tak endah..

ini link hadiah REVLON yg saya dpt dari LISA

30 minit kemudian cek balik sms..66300 tu adalah mesej terkini.bila baca balik memang harini punya sms.tak sangka saya bertuah lagi untuk kontes dari Majalah LISA tu.kali ni dapat barangan JEEP..tapi totally lost!sebab tak ingat langsung ciri-ciri hadiah yang bakal diperolehi itu..

so sabar je la tunggu 5.30 petang untuk balik kerja, amek atirah dan bukak semula majalah LISA tu..yess..ini ruang kontest yang saya join tu..tak sabar pulak nak pergi amek hadiah..maybe next next week bila free..or esok lusa if free.susah gak nk pergi amek even dekat je sebab dorang operasi during office hour dan time rehat closed.da la plan nak g pun time rehat je..huhu.

saya antara yang 27 orang bertuah untuk dapat baucar Jeep bernilai rm150 setiap satu..seronok nya!tak sabar nk shopping baju.kebetulan gaji next month mmg nak buat beli baju untuk holiday bulan 12 nanti.lama sangat tak shopping baju untuk diri sendri, suami dan atirah.so mmg bajet untuk gaji hujung bulan ni.alhamdulllah rezeki saya, dapat lagi baucer rm150 ni.hehe.boleh top up kt bajet baju sedia ada..suke suke..lama sgt tk shopping baju tau..


tak sabar nak amek..nanti saya update lagi produk JEEP tu ye :)

korang pun boleh cuba juga.beli majalah Lisa dan antar sms dan menang :)..mana tau rezeki kan.setakat ni saya beli dua LISA, yang lama cover dia ELFIRA LOY saya menang REVLON..kali ni saya beli Lisa yang muka depannya ADIRA saya dapat Jeep apparel..mana tau rezeki korang pulak kan..yang penting usaha sikit tau..rm3.90 je majalah Lisa tu.hehe

Tuesday, October 9, 2012

crochet hat lagi :)




as-salam

sekarang ni macam takde idea nak menulis.lagipun tiada gambar untuk dikongsi ceritakan..jadi malas nak update entry tiada gambar.huhu..

so mungkin banyak entry adalah berkenaan crochet sahaja.kebelakangan ni tempahan crochet tak putus-putus.makanya saya ada gambar hasil crochet aje nak bercerita dengan korang.pasal atirah yang makin manja tu kita cerita kemudian berserta gambar beliau.buat masa sekarang gambar terkini belum diambil.

baru-baru ni saya baru siapkan tempahan topi dari Kak Izawani dan staff beliau..mari kita lihat gambar..saya ambil mainan atirah sebagai penyeri gambar crochet saya..kikiki..


untuk gambar yang lebih detail  boleh terus ke blog crochet saya ye

Friday, October 5, 2012

saya bertuah: Stila Silk shimmer gloss dr CUNA

as-salam

hari jumaat yang lepas ada blogwalking..baca entry terbaru tentang Cuna.dia ada buat 2nd giveway.sangat mudah dia punya syarat.so saya drop la komen:)

dan suprisingly! i'm the winner.so fast ok.haha..apa hadiah yang saya dapat?mari tengok :)

 taraaa...i got new gloss..suka suka..sudah lama tak beli kosmetik tau sejak dapat benda benda free ni..ada tak lg yang nk kasi kosmetik percuma kt saya?

saya suka sangat !

anyway thanks CUNA

ketahanan badan yang lemah :(

as-salam..

semalam saya mc.demam+sakit tekak+batuk+selesema dan paling worst pening kepala..mula rasa pening hari rabu lagi,khamis da totally out.

badan tak panas mana pun.tapi pening kepala amat!.saya takde migrain.so pening kepala sikit pun da rs tak larat.huhu..

si suami cek suhu..tak demam pun!haha.dalam 37++ je..bukan 38 ke 39 hatta 40.,jauh sekali..lalu papa bualkan dengan atirah

papa bagitau atirah " sian mama ni, mama demam 36'C"..atirah muka blur..tak de respon..haha.
papa bagitau atirah lagi " mama demam ni, pening kepala sure tekanan darah mama tinggi..100/60"

demn! 36 'c dan 100/60 adalah suhu dan tekanan darah untuk orang yang sihat dan normal!

selalu papa klu demam memang teruk.selalu tekanan darah papa sampai 140++.memang tinggi.doktor memang suspek papa ada darah tinggi kot.huhu..tp maybe sebab demam, so tak leh simpulkan yang demikian..

mama baru pening kepala dan selesema, terus lembik!.haha.itu sebabnya ketahanan badan  mama adalah lemah..hihihi..

hari ni pun tak sihat sebenarnya.masih batuk dan sakit sangat tekak ni.kepala masih pening.adakah mungkin disebabkan mata yg kian rabun?perlu pakai kaca mata barangkali.tp malas nk g cek mata..so aktiviti crochet ditangguhkan..huhu

ada 8 pasang booties yang menunggu, ada 3 topi perlu disiapkan.macam mana nk berhenti crochet kalau hari2 geram tengok benang ni????



Tuesday, October 2, 2012

side income:crochet dan kek

as-salam

alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi..saya jumpa apa yang saya suka dan minat..dan alhamdulillah ianya menjadi side income bulanan yang tidak lah lumayan tapi cukup buat menyenangkan hati..alhamdulillah..

minat crochet ni bermula masa mengandungkan Atirah.even belum pun kandungan besar dan scan masih belum nampak jantina, naluri saya kuat mengatakan baby yang saya kandung itu perempuan..lagipun memang family saya ternanti2 cucu perempuan sulung.anak akak saya, Nabila cucu perempuan pertama.tapi beliau anak kedua.tak sama dengan anak sulung :)..hehe

masa tu, suami kerja shift lagi.selalu kena keja malam..sementara tunggu dia pulang, gigih la saya bukak you tube belajar crochet.ye kawan-kawan..belajar dari you tube je..korang pun boleh kalau korang nk.yang penting  kena beli benang dan jarum..

ini entry yang lama saya tulis perihal permulaan minat crochet :)




sekarang hasil hasil crochet saya satukan dalam blog crochet saya..mari la lihat hasil saya yang tak seberapa ni :)


sekarang ni, alhamdulillah tempahan topi, bekas air dan booties baby sentiasa ada. saya tak boleh amik banyak tempahan memandangkan kudrat dan masa agak terhad.adakalanya terpikir mahu berhenti keja da jadi suri rumah sepenuh masa sambil crochet..tapi risau uols!!!cannot simply2 resign.

perihal kek dan tart jugak ada tempahannya.tp saya tidak open secara public.di kalangan adik beradik aje..kawan akak, kawan adik sj yang order.itu pun saya mintak dorang datang amek sendiri.alhamdulillah walaupun tak rancak mana, cukup sekadar menambah barang2 dapur :)..



yang penting..syukur alhamdulillah

Monday, October 1, 2012

crochet bottle case

as-salam

lupakan tentang bajet 2013 ye..bayar aje lah cukai seperti biasa..hehe..

saya ada siapkan bekas botol air untuk adik saya.beliau requestkan untuk letak Eco Bottle yang dibeli dari tupperware tu.so saya buatkan bekas air yang bertone.guna gabungan warna pink, maroon..

enjoy da picas..if interested to order boleh email/sms saya ye :)
norhafiszah@gmail.com




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;