Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Friday, September 28, 2012

"Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff"

as-salamm

hari ni mood nk join giveaway je..macam best je kan if menang perfume..waaa.best best..

 

::Contest ini ditaja oleh Sephora Dubai Perfumes::

Syarat-syarat :

1. Wajib follow blog Coretan Diari Seorang Abah
2. Wajib like facebook Sephora Dubai Perfume
3. Buat Entry bertajuk "Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff"
4. Tampalkan banner rasmi GA ini dalam entry tersebut dan link ke entry ini.
5. Masuk blog Happy Perfume dan pilih 3 jenis perfume yang anda suka.
6. Tampalkan gambar perfume pilihan tersebut dalam entry mengikut turutan pilihan anda.
7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

Hadiah :

ANDA AKAN MENERIMA SALAH SATU PERFUME PILIHAN ANDA. 
TIGA (3) ORANG BERTUAH DICARI (Mungkin ditambah oleh pihak penganjur jika sambutan menggalakkan)

!!! Pemilihan pemenang ditentukan melalui software random.org

Tarikh tutup penyertaan : 5 Oktober 2012 (Jumaat) Sebelum pukul 12 Tengah hari...


antara banyak banyak perfume yang wangi tu, saya suka 3 jenis perfume ni:)

1-happy clinique
2-dkny apple
3-versace

400400

Photobook RM38 je!cepat cepat

as-salam


korang..meh grab this great discount..

mari kita buat buku yang dipenuhi wajah-wajah kesayangan kita..kita sendiri susun gambar dan hantar untuk diorang cetak.tunggu hasil nya dan hari hari boleh belek..

seronok bukan. rm38 je.yang pasti segala gambar korang yang cantik cantik tu takkan hilang.tambah-tambah gambar baby korang yang sangat cepat membesar tu..nak pulak moment pregnancy korang tu..cepat simpan dalam hardcopy! if byk sgt soft copy kena virus naya je..ehhe

ni ha rupa bentuk photobook tu..sangat comel ye kawan-kawan..korang boleh pilih design dan susunan yang korang suka..saya pun order juge.sebb excited tu yang kongsi ngn korang.




macam  mana nk order??

1- korang sign up dulu kt ILOVE DISCOUNT (free je-cepat dan ringkas)
2- beli la voucher tu
3- dapat conformation , dan boleh redeem bila bila korang suka..up to 2013.best tak???


lepas tu boleh la tengok koleksi buku berwajah anda setiap hari :)

atirah pakai tudung~

as-salam


cik atirah saya tu susah benar jika nak pakaikan tudung atau selendang.laju dia tarik.jangan dicoba coba..topi pun dia tak suka .tapi klip rambut dia suka :)

suka aje tengok baby yang dipakaikan tudung untuk tujuan bergambar,so comelkan.oleh kerana desakan hati pingin benar melihat wajah bertudung atirah.mari kita lihat..


lepas magrib haritu, macam biasa atirah suka tengok mama solat sambil memerhati di sejadah.agak2 mengganggu sangat, si papa akan tarik ke tepi.selalu atirah tunggu mama duduk antara dua sujud.sebab dia nk kiss..time ni la rajin nk kiss anak dara sorang ni..

then tengok mood dia ok, terus amek tudung sarung yang jarang2 saya pakai tu.letak brooch..dan .

tara....


mama love atirah so much

Wednesday, September 26, 2012

lirik lagu-Teman Pengganti-Black feat Malique

as-salam..

korang suka tak dengar lagu gabungan Black Mentor dengan Malique..sedap betul bunyinya..tapi mula-mula tak paham ape maksud lagu ni.bila google cari lirik lagu dia barulah paham..sedih je baca lirik ni.macam amanat terakhir seorang suami yang sakit.sedih uols!!!!

hebat betul la penulis lirik dan pencipta lagu ni.kalau masuk juara lagu, insyaallah menang!hebat.lirik yang superb!!

mari kita nyanyi bersama:
penyanyi: black mentor dan malique
penulis lirik/pencipta lagu: Malique

TEMAN PENGGANTI

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
 
 
Kalau bab rap ni, hip hop ni, Malique memang hebat kan!semua lagu ni sangat cathcy..senang nak follow dan terngiang-ngiang kat kepala.ini dinamakan lagu berhantu..haha..tak de hantu lah.cuma dapat rasa lagu ni dari hati dan jiwa yang ikhlas gitu.hehe.bukan men hentam  aje..
 
kosa kata, vocabulary nya hebat!bukan picisan..nanti kita nyanyi lagu Malique dengan Jamal Abdillah yang "AKU MAAFKAN KAMU"

Tuesday, September 25, 2012

CAL project 2: crochet rose garden tote

as-salam..

buat yang pernah mengikuti cerita crochet saya, kali ni saya join lagi contest CAL: Crochet-a-Long anjuran group Yarn Lovers Malaysia.

dulu CAL yang pertama kali saya join ialah Crocodile stitch handbag..bukan rezeki untuk terpilih sebagai antara pemenang..tapi boleh digunakan bila bila masa yang saya nak.sekadar mencuba sesuatu benda yang baru,,ini link CAL saya yang pertama


untuk CAL ke dua yang saya join adalah buat Rose garden tote..saya buat warna coklat utk body dan campuran warna merah dan  pink untuk bunga rose.tali beg saya beli online.tapi panjang sangat.so saya potong dua dan ubah suai balik manik kayu tu..

bab lining adalah paling sukar..rs nk giveup pun ye..tapi nak siap kan jugak beg ni, saya pun dengan tekunnya jahit la sekemas mungkin..(walaupun masih selekeh) sana sini..huhu..





presenting my latest complete crochet bag!!!


beg granny square da siap.tp handle beg menjadi masalah.masih takde :(

Friday, September 21, 2012

crochet project:colourful granny square beg_part 1

as-salam

blog ni sekarang main campur je entry crochet dan personal..ikut suka hati je nak tempek kat mana :)

buat yang tahu, saya join projek CAL dekat Yarns Lovers Malaysia.sebenarnya beg dan bunga-bungaannya sudah siap 3 hari lepas.tapi saya belum completekan sepenuhnya sebab menantikan handle bag yang ditempah melalui online.

so hari ni baru sampai tali beg yang diorder itu..maybe petang or malam ni boleh habiskan beg CAL- rose garden tote itu..

dalam masa yang sama saya mulakan projek baru..hasil lebihan benang dari projek2 crochet topi, kopiah dan segalanya tu, saya himpunkan satu bekas.saki baki benang yang berwarna warni tu sayang je nak guna.nak buat satu projek yang besar tak cukup,maka saya buat granny square..

so granny square ni memang berwarna warni..ikut pada mood je nk combine warna.ada yang mengancam. ada yg buruk.wakaka..

let see my part 1 project my colourful granny square beg :)

ini saki baki benang dari projek-projek crochet terdahulu :)




ini granny square yang terhasil.untuk buat beg yang diingini. saya hanya perlu 17 keping sahaja :)




okes..untuk lakaran dan susun atur untuk dijadikan beg adalah seperti berikut






ok. untuk part 1 setakat ini sahaja dahulu..misi part 2 adalah untuk sambungkan semua granny square ini dengan benang hitam..tapi masih terpikir mengenai handle bag utk projek ini..macam nak kena g terjah Daiso je...

till then :)

Wednesday, September 19, 2012

19/10: atirah 16 bulan

as-salam

hari ni genap usia atirah 16 bulan.. bersamaan dengan setahun 4 bulan..alhamdulillah membesar dengan sihat dan cerdik..syukur alhamdulillah

di usia 16 bulan:-
  • geraham da jelas muncul,.dan sekarang sedikit memilih makanan..roti memang tak suka..kek jugak!biskut hanya yang tertentu sahaja.kalau biskut oreo or chipsmore dan biskut Tiger je dia suka..itu pun susah nak abes sebiji..lambat sikit
  • suka makan ikan!ikan goreng..harus dikurangkan kerana tak elok.takut cacing!tapi ok kot sebb atirah suka makan nasi
  • suka makan sayur hijau..bayam, sawi dan brokoli antara yang dia suka..seeloknya yang lembik.if masih crunchy dia kurang suka
  • sudah mula nak berlari..
  • suka gosok  gigi bahagian bawah je..bhgian atas susahnye la T_T
  • suka dipakaikan sepit rambut dan oleskan lipglos!!! very the anak dara kan..ahhaha..
  • suka usik mama!!!!setiap malam sebelum tido selalu main2 atas katil,.die plak yg usik mama..adoi!!if die usik mama dan mama buat(geli-geli ke) terus suka..haha..ketawa terkekek2
  • if bukak baju dan seluar dia terus laju-laju ke toilet.mmg tau itu nak mandi..
  • one feveret atirah sekarang sambil menyusu sambil usap perut mama..sekali mama yg tertido dulu,haha
  • belum mengeluarkan perkataan yang jelas..masih bahasa baby lg :)
  • dengan papa suka sangat atirah buat muka garang!sangat anak mama ok!!suka benor pukul papa dia..sebab papa suka betul buli..sebabnya atirah suka sgt buat aksi yg lucu!so papa memang suka betul sakat sampai atirah nagis!!
semoga atirah  membesar dengan sihat, dijauhkan dari penganiayaan atau kecuaian manusia lain, cerdik minda dan cergas fizikal..

semoga papa dan mama diberikan kekuatan, kesabaran dan murah rezeki agar hidup kita sentiasa ceria dan lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya!berusaha!!!!



ahad petang yang lepas kami bawak atirah main-main kt taman tasik permaisuri..seronok!!sambil maakan sengkuang, jagung,,nuget..memang seronok lah!



p/s: korang nak cari sticker tak untuk perniagaan atau untuk labelkan barang anak-anak korang?tengok kt page saya ye

PROMOSI STICKER DAN LABEL


ayg tak crochet ke???

as-salam

minat crochet bermula sejak mengandungkan Atirah.belajar melalui Youtube aje..sampai sakit2 leher..sekarang sudah laju..makin banyak hasil crochet..

semalam lepas Atirah  tdo, papa dan mama layan tengok tv..

" busan la asyik tengok wrestling je!!.sama aje patennye..lawan2"
"best la...ayg tak crochet ke??"
" ermm..malas lah..tak datang mood"
"da malas pulak, orang beli benang, ayg nak beli benang..da siap ada rak da.benang pun banyak..nape malas pulak"
" ye la ye la"

(p/s: ye la if si isteri da crochet takde la fokus kt TV lagi..haha.sekadar peneman tengok tv je)

terus capai hook, dan teruskan mengcrochet..tak sempat siap beg tu dengar atirah menangis.macam tu la atirah.dalam tido malam ada la 3 kali menagis cari susu..

si  suami sgt baik bab crochet ni..even duit saya habis untuk beli benang, si suami masih lagi ok :)

Tuesday, September 18, 2012

blouse cantik di BUTIK ATIRAH

as-salam

saya ada update blog butik atirah..ada blouse baru untuk dijual..digayakan oleh model jepun yang cun2..mari la jengah

minum petang di OLDTOWN White Coffee


as-salam

Jumaat yang lepas, selalu balik kerja bila nampak kunci  mangga masih diluar pintu maksudnya si suami belum pulang.memang dah agak..selalu pun saya yang balik awal.haha.selalu si suami balik kerja sama waktu.tapi dia mengeteh bersama rakan-rakan dan sampai rumah lebih kurang jam 7.30mlm.selalunya memang itu timenya..

Macam biasa, selepas say hi hi kt kucing jiran, mama dan atirah masuk rumah macam biasa..lepas tanggalkan kasut atirah terus ke katil…itu tandanya mahu susu!

Sambil baring dan rileks2 susukan atirah, dapat kol dari si suami.jam menunjukkan jam 6.15 petang..dalam hati dah agak da..mesti si suami nak bagitau dia balik lambat..nak lepak minum ngn kawan jap..ok…tapi hari ni lain!!!!

“ ayg da sampai rumah ke?”
“ aah da sampai rumah.tengah susukan atirah”
“abg kat bawah ni.baru sampai..nak g minum tak?jom”
“ nak..nak.tunggu ye”

Kelam kelibut mama atirah siap pakai tudung semula.(persis seperti awek yang sangat mahu berdating gitu) atirah terkejut.haha.tak cukup susu lagi, mama da sibuk nk kuar balik..lepas pujuk dan pakaikan dia kasut terus ok dan terus turun ke bawah..

Kelakar kan.macam tak biasa je minum petang.dengan suami lak tu..bukan orang lain pun.haha..memang biasa.tapi bukan selalu.so haruslah grab peluang sebaiknya..wakakaka..

Si suami ajak minum petang di Old Town White Coffee, Bandar Sri Permaisuri..selalunye lepak minum kt Kayu Nasi Kandar je..tp petang ni si suami nak ubah selera.sekali sekala belanja isteri mahal sikit je pun..wakaka..

pic taken using ACE.so quality is poor








korang nak cari tak label atau sticker utk lekatkan pada barangan anak korang atau perniagaan korang??

boleh tengok kt link ni ye

http://piecesofbrown.blogspot.com/p/promosi-sticker-dan-label.html


Friday, September 14, 2012

share WIFI!!!

as-salam.

tadi baca kt blog cik EPAL.tertarik dengan satu quote ni!

 

oh hello!!!!!saya tak setuju bab ni.huhu

if kita pergi Starbuck ke, pergi Tuttri fruiti ke, pergi Mamak Kayu Nasi Kandar ke, ko nak guna  wifi free memang boleh.sebabnya kita da bayar makanan mahal.banyak sangat tempat yang ada free wifi ni.just name it! so nak free pergi la tempat2 yang ada tulis

FREE WI-FI.

kalau wifi(internet ) yang kita pasang kt rumah memang patut pun ada password ye! sebabnya kita bayar bulan-bulan. bukan free.malah jika tak bayar kena potong bil,tak dapat nak beronline lagi.

ok, korang cuba fikir, kalau hanya satu komputer beroperasi dengan WIFI harus lah maksima kelajuannya kan.klik je terus kuar..tak payah nak loading lama-lama.kalau makin banyak pc.laptop hatta hp yang ON pada masa yang sama, maka kelajuan internet terganggu,memang jadi slow.

lebih sedih bila nak jadi jiran yang baik( tak set password) tak dapat nk online sebabnya jiran sebelah rumah yang guna wi-fi free tu asyik download dan berinternet 24 jam!ok..

kalau tetamu yang datang rumah kita, boleh nak nk WiFi.sekejap je dorang datang kan,kalau dah jiran tu 24 jam, 7 hari semnggu dan 30 hari sebulan sentiasa dok share wifi tidakkah anda berasa sakit jiwa???


pernah terjadi pada family kami di kampung! ayah saya memang jiran yang baik!!takmo citer lanjut.

sedih uols..sebabnya jiran kami tu selalu berkira!ingat lagi masa kecik-kecik dulu..ye la bukan nya kaya pun ada je yg tak cukupnya..masa tu saya nak siapkan kerja sekolah English,memerlukan kamus.memang tak jumpa kamus kecik saya tu.saya takde kamus besar time tu.huhu.ala OXFORD yang dwibahasa tu,.oleh sebab cari tak jumpa,  mak saya syorkan, pinjam la kt jiran sekejap..lagipun malam kan..

saya waktu tu darjah 4 ke 5 ntah.tak ingat.terus la pergi rumah jiran tu. lepas kasi salam ,saya cakap nk pinjam kamus jap. saya tau dorang ada since kami jiran2 yang sebaya umurnya..si anak pun kasi je..tp dalam masa yang sama saya dengar suara jiran( si ayah) bercakap dengan kuat, " pinjam memanjang! tak boleh beli sendiri ka"  .

 touching ok! memang sedih.rasa macam miskin sgt.sedih! korang nampak tak kesannya itu?sampai umor 27 tahun pun saya masih ingat.

so bila si jiran request nak password wifi,dan ayah saya kasi je, ape perasaan saya time tu!WTF!!!!!!

betullah orang cakap " lajak perahu boleh diundur, terlajak kata, sampai hilang ingatan baru lupa!selagi tak hilang ingatan akan ingat sampai bila" nak plak yang mngguris perasaan kan.

kamus kecik je!

PROMOSI: Sticker /Label yang murah!!!!




saya ada menerima tempahan sticker yang kalis air..ini bukan kertas ye,.dia macam plastik. so memang kalis air. printing black n white je.dan printing nya jugak kalis air :)

sebelum kita tunjuk hasil sticker yang kosong, meh kita tengok  sticker kartun yang comel comel..sesuai untuk labelkan barangan  anak kita seperti toys, botol susu atau apa sahaja yang kita mahu, hatta nak labelkan setiap pensel warna anak pun takpe.hehehe.

INI KATALOG TERBARU



MINIMUM ORDER UNTUK STICKER CARTOON ADALAH 50PCS





saiz: 3cm x 1.3cm
pilihan: barbie princess, upin dan ipin , boys, MINION,
harga: rm 8 utk 50pcs






saiz: 4.6cm x 1.8cm
pilihan:-
*FROZEN
*SOFIA THE FIRST
*upin dan ipin,
*ANGRY BIRD
*HELLO KITTY,
*Thomas & friend
harga: rm 10 utk 50 pcs





selain dari sticker kartun, kami banyak ada yang kosong punya..sesuai untuk perniagaan kecil kecilan dan apa sahaja,

paling hangat dan banyak permintaaan adalah size 2.2cm x 0.9cm. ini saiz paling kecik yang kami ada. hanya rm5 utk 100pcs..





saiz: 2.2 cm x 0.9cm
warna:-
* transparent,
*pink rainbow, 
*white, 
*laser chrome 
* 4 warna
*SILVER
*Gold
harga: rm5 untuk 100pcs








   
saiz: 3cm x 1cm
warna:-
* gold, 
*silver
* laser 
*PINK RAINBOW
harga: rm10 untuk 100pcs


Saiz: 3cm x 1.5cm
warna:-
* laser chrome , 
*tranparent, 
*GOLD 
*PINK RAINBOW
harga: rm 12 untuk 100pcs










saiz : 3cm x 2cm
warna: putih
harga: rm 13 untuk 100pcs







saiz : 4.7 cm x 1.5cm
warna:-
* silver, 
*SILVER
*putih
*transparent
*laser
harga: rm 15 untuk 100 pcs








saiz: bulat diameter 3cm
warna:-
*pink rainbow,
*TRANSPARENT
*gold
harga: rm 19 untuk 100pcs









saiz : 4.5 cm x 2.5cm
warna:-
* gold 
*SILVER
* TRANSPARENT
*LASER
*PUTIH
harga: rm18 untuk 100pcs








saiz: 5cm x 3 cm
warna:-
* pink rainbow
*WHITE
*TRANSPARENT
harga: rm 20 untuk 100 pcs







saiz : 7.5cm x 2.5cm
warna: silver
harga: rm22 untuk 100keping




 saiz: 9cm x 4 cm
warna:-
*pink rainbow
harga rm 28 untuk 100pcs








saiz: 9cm x 5 cm
 warna:-
*GOLD
*TRANSPARENT
* PINK RAINBOW
harga: rm 33 untuk 100pcs






setiap tempahan melebihi 1000 pcs akan ada FREE POSTAGE dan Diskaun istimewa..

boleh request letak ikon ikon yang korang suka..saya cuba cari.

hubungi saya ye.saya suka diemel atau whatsapp je. 


0136323715




TEMPAHAN STICKER SENTIASA DIBUKA YA,

WHATSAPP SY YE
013 6323715
019 6000262


CEPAT WASSAP YE



ADA MASA SY UPDATE BLOG DENGAN STICKER BARU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;