Monday, April 30, 2012

kisah Iblis menghadap Rasullullah s.a.w: SOALAN KE 2

As-salam

bertemu lagi dalam ruangan renungan dan pedoman...dah baca entry pengenalan dan soalan 1?

if belum korang klik kt sidebar ye.

SOALAN KE 2;-

soalan nabi yang ke (2);
 " hai iblis! betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

maka sembahnya;

" Ya nabi Allah! iaitu suatu kemajuan bagi perempuan perempuan yang mrenggangkan kedua pehanya kepada lelaki bukan suaminya dan setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bersalah-salahan sifat dan hamba goda segala manusi supaya meniggalakn sembahyang dan supaya leka dengan makan dan minum dan berbuat derhaka, sesetengahnya hamba lalaikan dengan harta bendanya daripada emas, perak dan rumahnya serta kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan di atas jalan yang haram'

" telah banyak lelaki dan perempuan terpesong imannya lalu hamba kerahkan segala bala tentera hamba dariapda jin,syaitan  dan iblis  menarik mereka itu kejalan derhaka, demikian juga m=pada masa bermain temasya yang bercampur lelaki perempuan, maka di situlah hamba lepaskan sebesar besr goda supaya hilang maruah mereka itu higga meminum arak lagi menraik kawannya dipaksa menyuruh minum maka apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal dan fikirannya serta hilang malunya lalu hamba hulurkan tali cinta asyik jadi terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar maka datang dengki hasad hinga membawa pekerjaan zina"

"maka apabila telah jadi kasih antara keduanya, maka terpaksalah mereka mencari wang dengan jalan tipudaya dan mencuri dan apabila mereka teringat kesalahannya itu lalu hendak bertaubat atau hendak berbuat amal ibadat maka hamba galang supaya mereka itu bertangguh dan bertempoh pada segalapekerjaan kebajikan serta hamba goda bertambah-tambah keras supaya melazimkan maksiat itu dan mengambil isteri orang"

" maka beberapa banyak umat-umat tuan hamba telah hamba sesatkan dengan jalan ini serta beberapa jin,syaitan dan iblis hamba suruhkan menghasut anggotanya hingga kedalam badannya. apabila kena hota hatinya, maka sentiasalah mereka itu riya' dan takabbur, hairan akan dirinya dan melengah-lengahkan amalnya dan sombong. apabila kena goda pada lidahnya maka sentiasalah mereka gemar berdusta, mencela, mengumpat-umpat antara satu sama lain. demikian lah hamba menghasut mereka situ siang, malam ,pagi, petang"


~tamat untuk soalan ke2~

kita sambung next entry..selamat membaca dan beramal :)

nota cinta buat suami...

as-salam..

hari ni mahu bermadah puitis buat suamiku tercinta..sempena ulang tahun perkahwinan yang ke dua esoknya, takut tak sempat nk buat entry..esok sangat banyak planning!


~nota cinta buat suami tersayang~

" bermusim kita bersama..menempuhi segala suka dan duka..meniti segala cabaran bersama..menghirup segala kegembiraan bersama..indah dan sempurna melayari bahtera percintaan....bagaikan tiada kesudahan cinta antara kita.."
"lafaz ijab berserta kabul tersemadi indah dalam kotak memori..janji terpahat dua hati dalam melaksanaka kewajipan sebagai Khalifah Allah...menuntut keredhaan ilahi dalam mengikuti sunnah rasullullah..ikatan  perkahwinan yang teguh..dicorakkan dengan kasih dan sayang..masa dan harta melimpah ruah..biarlah bukan kuantitinya yang dikira..kualiti cinta galang gantinya"
 " kain putih yang perlu dicorakkan. rezeki dan janji  dari Ilahi buat kita...nur Adriana Atirah bukti cinta pertama..secantik dan secomel mewarisi gabungan antara kita...bakal menyusul putera dan puteri untuk kita pimpin..agar menjadi bekalan buat kita ke Alam sana"
 " tiada hari ku lalui penuh sunyi..tiada hari ku tempuh dalam menyesal..kerana hariku, malam ku dipenuhi cinta dan sayang kepada mu wahai suami..kerana syukur itu indah buat aku terus semangat membina keluarga kita.."
 " buat suami tercinta..diri ini secebis dari rusuk mu..untuk dilindungi dan disayangi..aku bahagia berada dekat dihatimu..dilindungi rusukmu..hanya mampu terucap..aku cinta, ak sayang, ak bersyukur dengan adanya kamu!"

 selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua..
buat suami isteri 
syahnon dan norhafiszah

1/5/2010  - 1/5/2012

hehhe..boleh tahan jugak kan??????

Friday, April 27, 2012

mr Black in da house..

as-salam

Mr Black in da house..

alahai korang ni..suka imagine yang superb2 aje kan..keta sure mahal  yang korang pikir..semua itu salah!

haha..kami trade in cik koko(saga BLM) dengan kakaknye sahaja..masih lagi kereta sedan buatan malaysia..kereta buatan malaysia kan pembuatnya adalah PROTON dan PERODUA aje..

Proton mengeluarkan kereta jenis Sedan..
Perodua mengeluarkan kereta jenis"compact".

so korang teka la sampai betul..bukan Preve ye..masa kami booking dulu, preve belum keluar..so korang teka la lagi..

trade in cik koko sebab da busan, mahukan kereta yg lebih luas, mahu kereta auto, mahu bonet lebih luas..sebelum cik koko mula nak meragam dan mintak tukar itu ini, maka kami upgrade ke Mr Black..yup betul, cik koko sangat baik..belum lagi meragam.tak pernah tukar ape2 kecuali tayar yang sudah botak hari tu..

atirah baru je sorang..nanti kalau adik2 atirah lebih dari 3 baru berpikir nak pakai MPV..sekarang sedan adalah terbaik untuk keluarga kecik kami ni..

antara baucer yg kami dapat adalah percutian di Equatorial Hotel,Cameron Highland...rasa baru sangat pergi sana..(19/1/2012)..kalau tak pergi sayang pulak baucer tu...time limit adalah sebelum july 2012..

kisah iblis menghadap nabi Muhammad s.a.w: SOALAN (1)

as-salam..

lama betul pending untuk sambung kisah Iblis ni..sedikit bizi hal duniawi..hukhukhukk...

sebelum tu bagi sesiapa yang belum baca entry pengenalan sila klik:-

PENGENALAN

SOALAN (1)

soalan no (1) dari nabi Muhammad s.a.w kepada raja iblis:-

" hai iblis!siapakah  yang sebesar-besar seteru engkau dan betapa aku ini kepada engkau?"

maka sembah iblis:-
" ya nabi Allah, tuan hambalah musuh hamba yang terlebih besar daripada segala seteru hamba yang ada di atas muka bumi ini..

 maka Nabi pun memandang muka iblis itu, maka iblis pun menggeletar seluruh tubuhnya oleh ketakutannya.katanya :-

" ya khatamil anbiya! akan hal hamba ini dapat menjadikan diri hamba sebarang rupa manusia, binatang dan lainnya hingga suara pum sedikit tiada bersalahan,dikecualikan sifat tuan hamba saja yang tiada dapat hamba serupakan, kerana ditegah tuhan. sekiranya hamba menjadikan diri  seperti tuan hamba, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu."

"ya nabi allah!, kerana apa hamba cabutkan iktikad anak adam supaya mereka itu menajdi kafir ialah dengan sebab tuanhamba bersungguh-sungguh memberi nasihat memasukkan beberapa pengajaran kepada sekalian manusia supaya kuat mereka itu berpeluk kepada agama Islam, begitulah hamba bersungguh-sungguh menarik mereka itu kepada kafir dan murtad dan munafiq."

" hamba  tarik sekalian umat Islam supaya meninggalkan jalan yang lurus beralih kepada jalan yang salah dan hamba harap supaya mereka masuk kedalam neraka bersama-sama dengan hamba kekal di dalamnya selama-lamanya."


~tamat soalan 1..kita sambung soalan 2 di entry yang lain ya..selamat membaca dan mengambil iktibar~

Thursday, April 26, 2012

projek 3: perfect purse part 1 & 2

as-salam

belum pun lagi siap projek 2: aluminium crochet hook case tu, saya da buat projek baru..

hehe..tak kesah la kan..untuk diri sendiri.buat je la mana yang suka dulu..untuk projek 3 ni, saya buatkan diri sendiri satu purse untuk majlis keraian..chee wah,..

bajet nak siapkan purse ni untuk ke majlis kenduri2  je..setakat letak kunci kereta, purse dan hp udah le..tapi macam tak betul je kan..nak g majlis2 harus bawah pampers, baju set mandian atirah..mana la sesuai nk ber purse comel2 ni..hukhuk..

tapi tak pe la..saya da siapkan part 1 dan part 2..part 3 belum siap lagi..

ini hasil kerja part 1
-bahagian body purse saya..tak buat panjang2 sangat sebab benang tak cukup..kalau korang perasan, ini adalah 100% cotton imported yarn yg saya beli online hari tu..benangnye saiz besar..tp satu buku benang tu leh buat satu purse je..ada lebih sikit sangat je.. (hari tu kn buatkan kasut atirah guna benang ni-tp tak cntik..so mls nk buat entry..haha)

saiz body

bila dilipat 2, maka hasilnya ini je la


ini pulak part 2
bahagian ni saya siapkan penutup beg ni la..dan jahit untuk dijadikan sebuah purse comel..

purse yang sudah siap 70%

ini la rupa purse saya..lining dalam dan butang belum settle
perancangan untuk part 3
- bahagian ni ,, saya mahubuat lining berzip untuk beg ni..oleh kerana takde mesin jahit, saya akan hantar ke tailor untuk buat lining berzip..last kerja, saya akan jahitkan ke dalam beg ni....terakhir sekali sebelum jahit butang, saya rasa elok jika beg ni bertangkai kan?sesuai untuk pegang dan sangkut di baru..

daaaaaa

Wednesday, April 25, 2012

baru tersedar: mata ku ke dalam!

as-salam

korang tau tak..selama ni saya tak sedar pun bentuk mata saya adalah ke dalam..selama ni ingat mata bulat dan bundar..cheit...

rupanya tak betul..huuhuhuh..

ini pun selepas belek2 gambar lama..ada satu gambar tu, bergambar dengan kawan2..tapi mata saya gelap je..orang lain nampak je mata..tp sayanye gelap..takot tengok..huhu..mari tengok gambar lama ni..



fokus kepada mata ke kawan-kawan..gelap kan..tak nampak pun  biji mata..kawan-kawan yang lain nampak aje matanye...selain mata kedalam..jgn dilupakan eyebag tu ye..hahha..

huhuhu...boleh selama ni tak perasan langsung..so sejak perasan ni saya pun belek la kt cermin..yup betul..kening sy tinggi..hehe..so mata terperosok kedalam..

kalau tengok gambar mama dan atirah di sebelah ni pun da nampak kan????

apa solutionnya???????

harus pakai eyeshadow yang menonjolkan mata..

pesanan iklas dari suami


eye shadow yang gelap seperti coklat, ungu tua adalah tidak membantu..so, pakai la eyeshadow yg cerah2..so nampak sikit naik mata tu..
maka yang sesuai utk saya adalah pink pink gitu..makanya tak sesuai la untuk saya nk gothic2..harus la mmg nampak seperti hantu..haha

ini antara pic yg saya pakai eyeshadow pink..

lgpun pic dekat kan..harus la nampak mata


 p/s: suami lagi peka dari si isteri..si isteri angguk aje dengar.oooo...semuanya betul apa yg si suami cakap.

Jcard day @ midvalley 24&25 April

as-salam

semalam dan hari ni ada Jcard day dekat Midvalley.. oleh sebab memang dapat alert di sms lebih kurang 2 minggu, so makanya haruslah plan siap2 duitnya..

ada beberapa list yang dihajati. 1/2 dari list berjaya direalisasikan..separuh lagi tak berjaya sebab da penat dan tak berkenan di hati..

saya amik halfday..kebetulan si suami cuti..maka kami pergi time lunch hour..boleh plak time kami g ni parking FULL..siap ada guard tunggu depan entry..tak kasi masuk..tapi akhirnya kami dapat jugak parking..memang bercinta la jugak..

bila masuk je Jusco tu, memang sesak dengan orang..tambah2 bahagian groceries..pampers, sabun dan susu la paling ramai memborong..siap cakap ngn hubby, kita ke tgkat ats dulu..nanti da nak balik baru singgah bahagian pampers sume tu..tapi akhirnya tak singgah pun..sebab da surrender dan penat..kejar masa nak amek atirah kt Teratak Manja

rezeki kami la..banyak  barang kami beli 70%,,ada sampai 80% kami dapat.

antaranya:-
  • set comforter novelle dapat 80% dari rm509.00..siap dapat 2 bantal percuma
  • almari atirah dapat 80% dari rm109 (ini paling masyuk sekali sebab tinggal yg display aje..so lepas bodek2 die kasi jugak 80%..asalnya 15% je..tp lepas belek terperinci banyak la kami mintak)..tmpt yg lama da x muat..so kena la beli lg satu.
  • baju suami, baju atirah, kasut, seluar semuanya 70% diskaun(time ni la merasa baju branded sket..Poney ka..Seed ka..)
  • beli barang2 suami..
  • beli bunga-bunga, frame gambar,barang-barang dapur..dll
  • dan hal kecik2 yang lain
sedihnya barang mama satu pun tak beli..pusing semua bahagian baju wanita..satu floor den pusing..si suami pun da penat tolak troli.siap torai 5 pasang baju semua nya tak ok..sadis! kasut ngn henbeg mmg tak tengok sebab tak larat da.opss..silap..mama sempat beli kapas muka je T_T

tak la banyak sgt walaupun banyak jugak kami beli..tapi rasa sangat berbaloi la..banyak giler less..hehe..
 total damage dalam 300++ je..hari ni rasanya si suami dan adiknya nk g lagi kot..dorang nk beli baju& slipper kot.

memang berbaloi beli time Jcard day ni..paling gile baju budak2 la..baju lelaki pun ye..baju pompuan je tak best..ada sales tp baju tak cantik! bra banyak murah2..ini bagus..

tak snap gambar..sebab kamera da hampir rosak..skrin dia da mula mengecil..huhu..so takde mood nk tgkp gambar.

Monday, April 23, 2012

birthday Hussen di Yunkies Hut

as-salam

semalam kami pergi Yunkies Hut, bandar baru bangi celebrate besday hussen..haha..birthday boy yang belanja..hehe..boley camtu?

banyak yang diorang order..totalnya 10 orang..lebih kurang rm200++ jugak la cost damaged borned to birthday boy..hehe..

Atirah dua hari ni memang melekat aje ngn mama dia..sekarang dia da mula nak menangis beria kalau orang lain amek die..mula2 rasa sebab die lapar..ini da kenyang pun macam tu..ngn papa pun tak bape on..adoi..
da mula nak cengeng kalau jauh dari mama die..sedangkan tak jauh pun..nampak aje..tapi nk nagis macam orang nk bawak dia lari...makcik die nak amek sebab nak kasi chance mama nak makan dengan tenang.tapi tak tenang jugak..

atirah tengok mama sambil melirik mata sedih " please take me mama" cam tu la maksud pandangan dia..haish...

mari tengok gambar yg sedikit ni..sebelum kamera bateri out..ini je sempat snap..

hadiah dari kami yg warna merah tu :)



kawan-kawan kak tam

atirah smile aje..comot da baju..minum air milo tumpah dalam kete

suka betul dia..comel pic ni..mama suka!

kek comel dari kak  lang

muka mama berminyak2..huhu..tudung kelepet sebab kipas kuat

mama dan atirah..atirah da comot2 dah

tengah sibuk menyanyi lagu besday..oteh, usen, kak lang

tiup lilin besday boy

suka atirah tepuk2 tangan..

kak lang da preggy 4 bulan ++

thanks besday boy..sudi belanja kitorang
kak tam tu adik hubby...adik kepada kak tam adalah kak lang...usen anak ke-8...

selamat hari jadi Hussen..


Friday, April 20, 2012

rezeki atirah_ flash card dari auntie ELIN!

as-salam..

korang da baca entry kisah Iblis menghadap nabi muhammad???baca la ye..untuk tambah pengetahuan..

tadi akak receptionist interkom..dia cakap ada parcel..wawawa...dapat parcel..seronok.walaupun dalam otak ligat berfikir..rasanya takde beli ape2 dari online..then laju- laju menapak ke kaunter receptionist..

ini dia hasilnya...

FLASH CARD!

bungkusan dari auntie Elin

yeay...atirah dapat flash card

mari belajar ABC-Z...seronoknya!

Seronoknya mama atirah ni!..haha..terima kasih banyak2 elin..sudi kasi kami hadiah ni..hehe..

korang tau tak nape saya dapat hadiah ni????

sebabnye tolong baca entry Elin ni

Elin merupakan kawan blog saya..tapi kami kerap chat on Gtalk. lagipun memang da add dia kt FB..sebenarnya elin ada cerita ringkas di Fb tentang masalah yang dia hadapi haritu..kes kunci kereta tertinggal dalam kereta kawan dia..tunggu laki die datang buat misi menyelamat la..itu kesah nye..

bila elin buat entry bergambar dengan persoalan apa yg terjadi harus la saya tahu..just drop a comment tell the story..tak sangka dapat hadiah..hahahha

rasa kelakar pun ye..tapi itu la namanya rezeki kan..rezeki atirah dapat flash card.. lagipun atirah takde lagi flash card..boleh la lepas ni hafal satu2 abc tu..hehhe..

thank you so much dear..both of mama and atirah appreciate it so much..papa also suka ni..hehe..

kisah iblis menghadap nabi muhammad s.a.w


as-salam..

hari ni saya kongsi pengenalannya dahulu ya..soalan2 dari Nabi Muhammad s.a.w kepada iblis akan diteruskan esok ye..

Allah s.w.t telah memerintahkan seorang Malaikat supaya pergi kepada Raja Iblis menyuruhkan dia menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan segala jenis rahsia yang disukainya dan sekalian yang dibencinya.

maka datanglah malaikat kepada raja iblis...

" Hai Iblis! bahawa Tuhan Yang Mulia lagi Maha Besar menyuruh engkau menghadap kehadrat Rasulullah s.a.w dan hendaklah engkau bukakan segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w dan yang disoal oleh Nabi Muhammad s.a.w itu hendaklah engjau jawab dengan sebenarnya. jika engkau berdusta walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala uratmu serta disiksakan engkau dengan azab yang amat keras"

oleh kerana mendengar perkataan malaikat itu sangat dasyat rasanya dan amat ketakutannya maka segeralah ia menghadap hadrat Nabi Muhammad s.a.w dengan menyerupakan dirinya seperti:-

"seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih banyaknya 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu"

lalu raja iblis memberi salam dengan takzimnya hingga 3 kali tidak jugak dijawab oleh Rasulullah s.a.w.

maka sembah iblis:-
" ya Rasulullah!mengapa tuan hamba tiada menjawab akan salam hamba kerana bukankah salam itu sangat mulia di sisi Tuhan?"
 maka jawab nabi dengan marahnya:-

"hai 'aduwullah seteru tuhan! kepada akukah engkau menunjukkan mukamu!..berpatutanlah muka engkau dengan halmu itu engkau hendak tipu akanku sebagaimana yang telah engkau tipu Nabi Adam keluar dari syurga dan Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan hasutan engkat dan Nabi Allah Ayub a.s engkau tiupkan dengan asap racun pada masa ia sedang sujud di dalam sembahyangnya hingga beberapa lamanya ia menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. dan kisah nabi Daud dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupakan dirimu sperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya. demikian juga beberapa  para anbiya dan pendita pendita yang telah menanggung sengsara dan aniaya oleh perbuatanmu yg khianat.

Hai Iblis!sebenarnya sebenarnya salam itu sangat mulia pada Tuhan Azza Wajalla,hanya salam itu sahaja tiada hendak ak menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini kerana laknat serta ditentukan-Nya engkau dalam neraka yang sangat keras bagi menyiksakan dirimu, maka ak kenal baik baik bahawa engkaulah iblis raja segala syaitan yang menyamarkan diri"

 maka sembah iblis:-

" ya nabi Allah! janganlah tuan hamba marah. demi sebenarnya tuan hamba Khatamin  nabiyyin walmursalin dan kekasih allah taala maka dapat tuanhamba kenal akan hamba."
" ya nabi allah, adalah kedatangan hamba kemari ialah dengan izin tuhan jua telah datang malaikat menyuruh hamba menghadap tuan hamba supaya tuan hamba tanya apa jua sesuatu ehwal umat tuan hamba sedialah hamba khabarkan dengan terus terang dari pada segala tipudaya hamta atas sekalian manusia daripada Nabi Adam hingga kepada zaman yang kemudian daripda tuan hamba."
 " ya  nabi Allah! tiap-tiap satu yang tuan hamba tanya sedialah hamba mengaku menerangkan segala jenis satu persatu dengan sebenar-bernarnya tiada berani hamba sembunyikan"
" ya nabi Allah! kiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun nescaya hancur leburlah diri hamba menjadi abu"

syahadan manakala Nabi Muhammad s.a.w mendengar sembah dan sumpah raja iblis maka baginda pun tersenyum dengan sukacitanya seraya berkata dari hatinya:-
 'inilah suatu peluang dapat ak menyiasat segala perbuatannya supaya didengar oleh sekalian sahabatku yang hadir di majlis ini dan jua supaya menjadi suatu senjata atau perisai kepada sekalian umatku hingga kemudian  hari kelak.'



to be continued....
P/s: soalan pertama hingga 40 akan disambung esok ye..selamat membaca dan beramal...semoga kita ambil iktibar

Thursday, April 19, 2012

PROJEK 2: aluminium crochet hook case

as-salam

buat follower blog crochet saya, ingin diberitahu bahawa saya sedang cuba menulis 100% in english. ini kerana pengunjung blog berkenaan request untuk ditulis dalam english untuk mudah difahami.

okes, semalam dari group YLM ada pattern yang telah dikongsi oleh otai2 crochet. nampak menarik pattern yg dikongsi itu..crochet hook case untuk simpan semua crochet hook saya..lepas baca pattern, nampak macam pening aje..terus laju laju bukak you tube cari tutorialnya

waaa..mudah aje step by stepnya..so saya mulakan dengan part 1:
yang terhasil adalah 6 kolum hook case berwarna striking Pink..saya bercadang mahu buat 3 tapak.yang boleh dibuka kiri dan kananya...utk tapak pertama berwarna pink.. mari tengok. part 1

6 kolum: pink terang

mula buat semalam siap 3 kolum je

hari ni tambah lagi 3 kolum
untuk part 1: siap tapak untuk warna pink..part 2 akan terhasil 6 kolum berwarna biru dan6 kolum berwarna hijau..insyaallah part 3 adalah cover case saya berwarna kuning..

insyaallah..semoga tempat simpan crochet hook ini dapat dihasilkan dengan jayanya...

chaiyok2

19/4: genap usia atirah 11 bulan

as-salam

mengenai Kisah Agama tu petang nanti saya update okes..tetinggal buku tu dalam beg anak.kikiki..takmo la tulis ikut sy paham aje..takut tak cukup isinya..ada buku leh tulis dengan lebih baik..

alhamdulillah hari ni genap usia si comel atirah 11 bulan..ada lagi sebulan untuk sampai ke 12 bulan=1 tahun..even belum pun sampai 1 tahun, pada usia 10 bulan pun orang tegur atirah nampak macam setahun lebih..ada pakcik tu tanya.." ini 1tahun ke 2 tahun?"..belum setahun lagi pakcik..

badan atirah kan semangat.hehe

perkembangan atirah 11 bulan.
  • atirah sudah pandai minum guna straw..kalau pergi kedai makan, memang die minum air mama le.guna straw..tak comot..
  • makan semua benda..bubur jarang da kasi..kalau kasi pun bubur McD je..yang lainnye makan nasi+sayur+lauk
  • atirah belum boleh berjalan lagi..masih bertatih-tatih..boleh la setakat 2-3 tapak..tu pun kena pastikan mama ada di depan untuk sambut..sudah memanjat2
  • berat atirah sudah 3 bulan statik.9.5kg..
  • gigi sudah ada 6 batang..4 atas dan 2 bawah
  • sebutan papa dan mama sangat jelas
  • she love crochet too!sebab pantang nampak mama pegang hook..nak amek aje kerjanye..so lambat la mama siapkan tempahan
  • rambut menten pendek..tapi da boleh ikat pokok kelapa..tapi oleh sebab tak biasa, dia akan cabut getah tu..tak sampai kiraan 3 pon..tapi papa memamg tak suka atirah diikatkan pokok kelapa..biar aje lepas katanya
  •  masih minum susu ibu.tapi di nursery minum susu formula dah..mama da makin malas mengepam..hahah..suka marmet aje
  • pagi2 mama upah atirah biskut marie coklat.supaya dia relax sambil mama driving..sudah pandai nk suapkan mama/papa bila papa/mama sebut "nak sikit"..laju je dia suapkan..
okes, itu je la perkembangan atirah..insyaallah nanti 19/5 jika takde aral kami akan adakan majlis hari jadi untuk atirah..majlis yang simple aje..yang penting there should have a kek la kan..kata pun hari jadi..buat kenangan  di masa hadapan..19/5 tu hari sabtu, hai rakan blogger, yg rasa free dan nak datang can drop your comment here..

insyaallah majlis hari sabtu, tea time..maybe start pukul 3-6ptg.simple dishes..but insyaallh no regret!rumah kami di bandar sri permaisuri, cheras,KL.dont hesitate to join us..but please let me know..senang nk wat jemputan :)



Wednesday, April 18, 2012

Berkongsi tentang ilmu agama..

as-salam

semalam balik dari kerja suami ajak ke Midvalley..ada urusan sikit..so mama ngn atirah ok aje..kebetulan masa sampai Midvalley tu ada fashion show TRIUMPH..setting pentas memang cun la..

saya tak tengok sangat sebab manusia lain banyak sangat..tengok di antara celah celah kaki dorang je..hukhuk..layan atirah makan eskrem kt GELATO halal yg mahal tu japT_T.

opss..bukan itu yg nak story..nak story pasal kejadian lepas tu. masa dinner dekat are Sri Penara tu, macam biasa la, akan banyak orang jual tisu(orang kurang upaya yg minta sedekah)..jual kerepek., jual cd cetak rompak..mintak derma, jual buku cd dan segalanya..

dah nampak da sorang mamat ni bawak beg berisi buku dan cd agama..dari meja ke meja dia pergi..semua orang geleng-geleng kepala..ye la kan..da selalu sangat..macam sindiket kan..so banyak la orang tak kasi..datang meja kami, saya macam biasa tak tengok sangat..layan atirah..die pergi kt suami..selalu pun orang-orang tu akan jumpa suami aje..walaupun tak nk kasi, tetapi selalu dia akan kasi jugak

mamat tu tunjuk buku nipis tentang agama..kali ni dia tak berganjak terlalu cepat..dia nk cerita jugak apa yang dia ada.."tak beli pun tak pe..derma la iklas mana pun takpe.."..suami keluarkan jugak duit..kasi RM 1 kt dia..dan mamat tu pun blah dari situ dan dia kasi buku nipis tu..pelik..

selalunya kalau org jual buku, if orang kasi RM1 je, dia akan amik balik buku tu..ini dia kasi buku tu..

korang tau  ape tajuk nya?harus la tak tau kan..ini tajuk buku tu

BICARA IBLIS DENGAN RASULULLAH S.A.W.

buku terus dibelek2 suami..dia cakap bagus..dia tak pernah baca..

balik je ke rumah, saya cuci2 muka, dan siap2 nak rehat sambil menyusukan atirah..lalu buku itu dibaca..
ya allah..memang menarik buku tu..ingat nak baca sikit je then sambung bila-bila..tapi seronok pulak..lalu di baca sehinnga habis..

so saya nak kongsi dengan korang ape yg tertulis dalam buku tu..tp bukan hari ni..kita mula esok!sebab akan ada 40 soalan dari Rasulallah kepada Iblis laknat.Iblis harus menjawab tanpa ada sedikit pun pembohongan.

sangat menarik untuk dikongsikan dengan korang semua..kita mula bertazkirah mulai esok hingga hari ke 40 ye kawan-kawan..

selamat beramal

Tuesday, April 17, 2012

atirah rajin mengemas...

as-salam

rajin2 jenguk la ye stok baju kurung kanak2 di entry bawah ye :)

hari minggu hari rilex2 bersama atirah.actually mama tak rilex mana pun..penat juge..hikhikhik,,tapi takpe la da memang itu tanggungjawab kan..

si atirah belum berjalan lagi..meniti dinding dan sofa da laju..mari kita tengok kesukaan atirah..selalu sangat "mengemas"..






memang kesukaan atirah tarik keluar semua bear biru tu..ada tak banyak pun,.lebih kurang 15 ekor dalam almari tu..set cawan pun die tarik keluar..set cawan tu doorgift orang kahwin aje..tak banyak pun..nasib baik buku2 berat,,die nak tarik tak boleh..

rak tv rendah..maka nak halang pun tak boleh..nak kunci pun tak boleh jugak..sebab sliding door je kan..nasib baik sebelah kiri dia tak kaco..situ ada album ngn astro..maybe sebab berat..so dia tak kacau

anak perempuan kan..naluri mengemas dari kecik dah ada..haha..boley gitu???

ready stock: baju kurung bayi dan kanak-kanak

as-salam

hari ni saya paparkan koleksi baju kurung yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.. diperbuat dari kain cotton yang sejuk..kualiti jahitan dijamin dengan harga yang sangat berpatutan..jika berminat sila hubungi saya ye:)

sms: 0136323715
email: norhafiszah@gmail.com








Monday, April 16, 2012

crocodile sticth: projek 1: beg "Rosalinda de Amor"

as-salam.

entry bergambar cukup banyak hari ni..bagi yang mngikuti perihal beg yang saya kait guna kaedah crocodile stitch seperti entry yang lepas(part 1), hari ni saya paparkan hasil yang sudah siap..makan masa yang lama untuk siapkan beg ni..

ye la kan, bukan 24 jam crochet aje..bila terluang aje..bila atirah tido atau masa mengepam di opis..waktu lain tak leh nak buat..huhu..

kepada saya yang jarang nak beli handbag dan cerewet nk beli handbag..maka buat sendiri adalah alternatif. nak beli ada je halangannya..so kalau buat sendri kos sgt sedikit dan puas hati..hehe..walaupun pada pandangan orang lain, biasa-biasa aje..tp sy tetap puas hati :)


so weekend yang lepas saya kait sungguh2 untuk siapkan beg ni..beg yang simple seperti tuannya jugak..simple but yet so nice..tak gitu( okes...kasi la chance sikit tuan tanah puji diri sendiri..penat gak tau)
 
okey let see the croc beg!..






bila da siap satu beg ni terasa seronok pulak..lepas ni rasa nk crochet bag warna warni untuk atirah pulak..

p/s: tempahan topi lom setel lagi..uwaaaa..boleh tak rs mood nk buat topi takde..nk buat beg plak...

14/4: atirah ada 6 batang gigi dan kek buah :)

as-salam

atirah da ada 6 gigi..2 bawah dan 4 kt atasnye..2 gigi kapak dan 2 lagi baru je tumbuh sebelah gigi-gigi kapak dia..alhamdulillah dia tak mnggigit time menyusu,,eheh. berat atirah masa 10bulan++ adalah 9.3kg.iaitu kurang 200g dari bulan lepas..itu timabng berat termasuk baju dan pampers yg atirah sedang pakai..rasanya kurang lg kot..pelik betul..kenapa mama dukung atirah terasa cam makin berat..tp berat badan atirah makin kurang?erk?????

kisah 10 bulan atirah entry lepas

hari sabtu lepas lepak aje kat rumah sambil siapkan beg crochet saya tu..alhamdulillah memang sudah siap..nanti saya tunjuk gambar ye..kami berdua(mama dan atirah) lepak aje di rumah kerana papa kerja..

ini gambar part 2&3 crochet bag saya :)



lepas breakfast nasi lemak dan lunch pun nasi lemak, petang nye rasa lapar lagi..godek2 peti ais kejap ada apa yg boleh buat..ada la sikit buah-buahan campuran..tepung gandum pun tggal tak lebih 300g..alahai..nak buat kek buah,.tapi  butter pulak tinggal sikit benor..2 sudu aje ..last sekali terpikir, tukar aje dengan minyak masak..maka terjadi la kek buah saya yg simple itu..

resepi ni tak disyorkan dekat korang..sebab saya men hentam aje letak bahan2nya..alhamdullah rezeki kami anak beranak..so kek tu menjadi :)

resepi kek buah yg simple!

-2 biji telur
-gula
-minyak masak
-tepung gandum
- soda bikarbonat
-baking powder
-serbuk kayu manis
-buah-buahan campuran

cara-caranya
pukul telur dan gula (sikit aje) sampai kembang..gula yg selebihnya saya buat gula hangus.tepung gandum+soda bikarbonat+baking powder diayak dan digaul dengan buah-buahan..ini tips supaya buah tak mendap ke bawah.

masukan campuran tepung tadi dalam mangkuk yg ada telur sudah kembang tu..gaul sebati dan tambah gula hangus yang masih panas itu..terakhir sekali masukkan minyak masak..gaul sampai sebati..bila da letak minyak masak tak perlu pukul guna mesin..guna tangan aje la..sekadar sebati sudah..kalu pukul lama-lama nanti kek anda macam bengkang!bantat..

then, sapu loyang dengan butter(butter yg stggl sedikit tu), then masukkan adunan..bakar selama 15 minit..(kek saya 10-15 minit aje)..sebab aduanan tu sikit aje..so cepat masak la..

ini kek saya yg baru siap tu..loyang bulat yg saiznya kecik je :)
hari ni kek menjadi..tak hangit..hooyeah!

  
hasilnya sedap..atirah pun suka
mari kita tengok si comel atirah makan kek buah.
."hey look at atirah's highchair..ini la hasil rembatan dari IKEA haritu,,sila abaikan rumah yg selerak dibelakang tu ye.."

minum petang bersama atirah

atirah tak makan buah-buahnya..dia makan kek aje

tengok tangan chubby sedang cubit kek!

errmmm..sedap jugak kek yg mama hentam aje ni..hehe

dah mula nak main-main..habis selerak kt lantai

ketuk ketuk sudu pulak!

masa untuk bermain..banyak atirah makan..tp bukan habis la,,mama habiskan
rumah berselerak kt belakang tu..rumah sempit main sikit2 da penuh barang da,,hiih,,atirah ooo atirah..kek ni kecik je ...so sehari je da licin..papa ngn pak mat makan sorang sepotong aje..yg lain mama dan atirah bedal:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;