Ijab dan Kabul...semoga kekal ke Jannah

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kesayangan..Anak sulung kami : Nur Adriana Atirah Binti Syahnon

Lilypie Fourth Birthday tickers

Permata Hati kesayangan.. puteri ke dua, Nur Eryna Elisa Binti Syahnon

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Monday, November 29, 2010

main teka jantina baby...

hai..salam..korang da lunch?


tadi saja je la menggoogle bila harus scan tengok jantina baby..tapi tertarik plak pasal chinese prediction chart ni..ini sekadar untuk suka suka aje tau..jangan percaya sangat..sebab rezeki ini (jantina anak) semua kerja Allah..

sekadar suka2 aje..mitos cakap 90% accurate...heheh..saja saja je..

korang try link ni

http://www.chinesefortunecalendar.com/PredictSex.htm



my one is:-
Woman's Birth Year: 1985 Month: 11 Day: 5 Time Zone: 8
Conception Year: 2010 Month: 8 Day: 23 Time Zone: 8
It's a girl! (Chinese Age 26 at Lunar month 7)

Ikea,seronok ker?

salam isnin kawan2..

semalam jalan2 g Ikea..saya dan suami first time jejak kaki ke Ikea..seperti digembar gemburkan..cam best je Ikea ni..plan nak beli cermin aje..

sabtu malam,hubby kuar main badminton balik kol 4 pagi..time die balik tu, terjaga sebab lom solat..lepas solat isyak sama 2-2 orang tak leh tdo..huuh..lepas subuh baru leh tido..so qada tido la paginye..kami kuar rumah jam 3 petang..terus shoot ke Sunway Piramid..tengok adik2 hubby main iceskating..lepas penat2 round, kami terus ke Ikea..maybe sebab da sakit kaki kot berjalan2..rasa bila kt Ikea mood tak bape best je..2-2 orang rasa penat giler..

so far ok je la Ikea ni..ramai giler orang..kami jumpa cermin yang dicari..rm49 for 4 keping..yang saya rasa tak best nye kt Ikea ni, barang2 yang kita beli sepatutnya dipasang menggunakan skru/paku tak disediakan.semuannya pun camtu..that why la Ikea ada jual tool box untuk skru.setakat nak guna 2-4 batang skru aje, buat ape beli yg 1 box skru tu kan..ish2...

mula mula nak amek rak simpan herbs tu..tapi semuanya without skru..cam malas je nk beli tool box skru tu, kami letak je balik..yang tak best nye Ikea ni, once da masuk, jauh giler nak kuar...or maybe semalam je kot die tutup sume exit..kena pusing satu Ikea tu dari showroom sampai ke stor sebelum sampai ke kaunter bayaran..kaki da penat..huhu..tangan da lenguh..hubby lagi la lenguh..maybe kesan main badminton..

so, conclusionnya, Ok je la barangan Ikea ni..yang seronoknya idea2 die menghias bilik dan living hall..just nice aje..harga barangan quit ok..tapi kami rasa better g bli kt kedai yg specialist jual barang2 tertentu..contoh klu nak beli karpet, elok g kat Masjed Jamek or Nilai..sgt banyak choice dan harga..
kalu nak beli perabot/meja elok g kedai perabot..got diskaun better..

tapi bagi yang mahu encari semuanya under one roof, Ikea is recommended..

Saturday, November 27, 2010

jerawat..camne nk nak atasi???

salam kawan2..

nak mintak pendapat ni...currently muka saya cam sensitif.mudah naik jerawat..
tambah2 kat dahi..kecik2 je,,huhu..stress btol la tengok jerawat kecik2 ni..huhu..
saya tanya akak opis, dorang cakap biarkan aje,its all about hormon..

tapi cam tak best je rasa..merah2 kat dahi,,
korang ada tak petua tradisional yang berkesan?jerawat yang kecik2 tu..huhu..please help...

Thursday, November 25, 2010

hadiah birthday...

salam..

Dah hari khamis pun kan...

Semalam baru je dapat hadiah bithday yang dijanjikan oleh hubby..masa malam 4.11.2010 tu, hubby ada tanya nak hadiah ape..terus teruja dan tengok dalam wishlist balik..erk..dalam wishlist ni memang banyak benda yang sy teringin nk ada..tapi pilih yg mana rasa sgt nak je la..

So saya cakap nak barang mekap.kebetulan ada member cakap beli mekap Bobbi brown dapat harga staff..So laju laju nak kan barang mekap tu..alasan, kenapa nak barang mekap?saya da rasa busan ngn compact powder yang lama, lipstik memang takde,sebab tak jumpe yg berkenan-selalu pakai lipgloss aje..

Oleh sebab lepas2 ni jgn la harap nak lebeh2 part barang mekap ni, so hubby setuju..tu yang kami g Sogo untuk buat trial mekap..nak tengok kaler yang sesuai..

3 barang je dibenarkan..kang abes plak gaji hubby..so sy pilih stick foundation,pressed powder dan creamy lipstik..sebab kata salesgurl tu, muka saya ada parut2, so kena amek stick foundation..then bibir saya jenis kering..so kena amer creamylipstik..total price hrga barang2 ni ialah 30% diskaun dari harga kaunter..ok la kan...klu tak de harga staff ni,mmg hubby awal2 lagi lari jauh2..hehe.



saya paling suka lipstick..kaler die coral pink

konon2 beli mekap ni untuk kuar jalan2 je la..g opis saya tk pakai..selekeh cam makcik2 je..sebab malas nk touch up 2 kali..kang nnti nk sembahyang kena cuci plak..so tahan lama la kot..

p/s: sementara perut tak besar lagi boleh la hubby tunaikan..nanti2 sume kena pikir barang baby je...

Wednesday, November 24, 2010

mengidam #2 = kek lapis masam manis

salam sejahtera rakan rakan...

Hari Jumaat lepas, tetiba terasa nak makan kek lapis masam manis..mana nak cari ni?

Kalau tetiba teringin nak makan, memang terasa nak makan dalam masa terdekat jugak..before balik dari kerja saya sempat google cari resepi kek lapis tu...oleh kerana dah tau jawapan if tanya kt hubby, saya bertekad nak buat sendiri je,kalu cite kat hubby, sure die tak tau nak cari kt ne..so take time la kalu nak tunggu dia cari..

Okes, lepas kerja g beli barang2 nak buat kek lapis.. dalam masa da text hubby, minta dia doakan saya jadi rajin untuk siapkan kek lapis malam tu jugak..hehe..


ini la hasilnya..start buat dalam pukul 10..selesai basuh sume barang2 dalam pukul 12.30pg..

sebiji kek lapis masam manis baru siap masak

pandangan sisi

potong 1/4 kek

bawak bekal ke opis..geng2 opis nk rasa

ini la rupa kek lapis saya



resepi nya untuk kawan2 cuba:-
  • 2 cawan biskut marie yang dihancurkan halus
  • 3/4 cawan gula
  • 1 buttercup
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 biji telur
  • 1tsp esen vannila
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp ovalet( dalam resepi tak de pun, saya sj je letak..sebab aritu masa nk beli ovalet tu, salesgurl tu ckp elok utk kek lapis)
  • pewarna(saya guna pewarna hijau epal & kuning telur)
  • hawflake (ikut kesesuaian)
 cara cara nya
  1. pukul butter dan gula sampai kembang
  2. masukkan telur sebiji demi sebiji sampai adunan kembang.
  3. masukkan susu pekat, esen vanila ovalet dan garam ,pukul sebati--masa ni elok la panaskan periuk kukus ye..letak air lebih sket..sebab nk masak lama)
  4. last sekali masukkan roti marie dan kacau sebati
  5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian, so kalerkan la ikut kesukaan masing2
  6. alaskan loyang anda dengan butter ye..
  7. lapisan pertama masukan adunan, dan atas nya susunkan hawflake.susun rapat2 baru terasa sedapnya
  8. lepas tu masukkan dalam periuk kukus..better biarsampai 10 minit.biar betol2 masak tau..mean tak nmpak lembik2 lagi..
  9. teruskan melapiskan lagi kek anda ye sehingga siap..


p/s: saya tak cukup rajin nak buat lapisan yang nipis2 cam kek lapis serawak tu..hehe..mampu buat 6 layers je..ini kek lapis masam manis yang simple mimple je kawan2..tak guna banyak telur pon..hehe...try la..
rasa dia...SEDAP..

last but not least..
tengok la pic kami berdua yang sama sama kembang..hahah

all pic taken using BB hubby..so tak bape clear pic nye

Baby Kiko clearance sales..

dear all mommy to be...

please check this out...mana la tau if korang mahu menambah apa yang patut kan...

saya hanya mahu kongsi sahaja...since everyday saya akan dapat email mengenai warehouse/clearaance sales ni. why not share ngn korang kan..saya tak pernah g baby clearance sales ni..so no komen pasal harga dan kepadatan pengunjung ye..

happy shopping :)

Friday, November 19, 2010

update --> 15 weeks

salam aidiladha kawan2..

macam mana hari raya korban tahun ni?

tahun ni turn  beraya aidiladha di rumah mertua dekat Palong 6, Negeri Sembilan..
tak  snap pic pon..so cam malas sikit nak bercerita..everything was so OK..
buat pertama kalinya, di hari raya saya kuar ngn hubby tengok wayang..
citer SKYLINE..selama 24 tahun beraya..tak pernah plak hari raya kuar tengok muvee

cerita pasal pregnancy..
  • sudah 15 minggu usia kandungan
  • tak nampak pun perut..hehe..balik umah mertua pon dorang cakap tak nampak pun cm preggy
  • everthing was ok..takde masalah so far..cume kadang2 penat sket
  • baru scan sekali je hari tu..masa 7 weeks..sekarang asyik riso je...camne la bby dlm perut tu..ok ke tak...huhu..riso...tp nak tggu 22 weeks baru nak scan..terus tengok jantina..
  • kulit wajah cam tak bape ok..blame on hormon boleh tak?kulit muka jadi sensitif dan cepat naik jerawat...
lelaki ke perempuan????
cuba tengok andaian orang2 mengenai simpton dan kaitan gender baby..(jawapan sy semua dala kurungan)

TANDA BAYI LELAKI
  • Anda tidak mengalami morning sicness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. (ada jugak morning sicknes..)
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit. (tak sempat nak kira pulak)
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian depan tubuh. (tak terasa berat)
  • Perut kelihatan bulat sempurna. (perut belum besar lagi)
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap. (agak gelap)
  • Bentuk perut condong ke arah bawah. (seakan akan benar dengan kenyataan ini)
  • Sukakan makanan yang masam dan masin. (tak suka benda masin.tapi masam suka jugak)
  • Suka makan daging dan keju. (tak suka makan keju dan daging)
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk. (tak rasa sejuk selalu)
  • Tangan selalu kekeringan. (X jugak)
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur. (X)
  • Bukan hanya anda, tetapi suami pun akan bertambah berat badan. (tapi suami memang naik berat badan..memang da nampak lain..chubby btol muka suami)
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil. (akak saya cakap, saya tak nmpak berseri even ade mekap..huhu:()
  • Hidung tampak lebih mekar. ( tak pun)
  • Selalu sakit kepala. (jarang sakit kepala)

TANDA BAYI PEREMPUAN

  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan. (ada morning sickness tapi tak munta teruk..tp pagi2 je pening amat+loya)
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung. (tak terasa)
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan. (sedikit terasa bab ni)
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya. (setuju)
  • Bentuk perut condong ke arah atas. (tak condong keatas pun)
  • Perut tampak agak lonjong. (perut belum besar)
  • Mengidam makanan yang manis. (saya suka benda manis..especialy buah)
  • Sukakan buah-buahan. (totally agree)
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam. (setuju dan sejak preggy suka mnum limau ais dan sirap limau..sedangkan before preggy mmg tak suke masam2)
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil. (agree)
  • Mudah moody berbanding sebelumnya. (mudah moody juge)
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil. (iye..kulit bermasalah..huhu)
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya. (sudah jarang makan roti)
  • Payudara kelihatan megenmbang. (selalu ditegur suami)
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur(sangat setuju)
kalau diikutkan banyak menjurus kepada  bayi perempuan kan..hahha..wallahualam..ini pandangan orang2 terdahulu aje..betul atau tidak itu kebetulan sahaja...bayi perempuan atau lelaki da memang sudah ditetapkan oleh Allah..so, kita patut terima dengan redha aje la..

p/s: tapi naluri kecil saya ckp, sy preggy anak perempuan..tak tau la sejauh mana naluri ibu itu betul....

Tuesday, November 16, 2010

wekend yang sedikit penat..

salam...

cerita pasal wekend hari tu.

HARI SABTU:

awal pagi da bersiap2 pergi ke Putrajaya..saya amek Mtest untuk kali ke 3..haha..
boleh pulak odw pergi Putrajaya asyek bersin je..
masuk je dalam kelas tu, bersin tak henti2 lagi..abes basah tisu yang saya bawak.
hidung berair je..tak tau la apa nasib paper Mtest tu..huhu..tawakal je la..

abes exam pukul 12.30tgh hari..so terus balik rumah..rest..kepala berat je..tdor je la..
hubby balik kerja kol 4.kesian die saya tak masak ape2 pon..huhu..mintak die kejutkan
saya,tapi boleh lak tak sedar2...

HARI AHAD

lepas subuh tidor sampai kul 11pg..seronok rasanya..
lepas buat bfast, kami kuar ke SOGO..hubby saya cuti..
sebab nk g make over kt Bobbi Brown..hubby kasi hadiah besday..
so kena g test kaler ape yg sesuai ngn kulit..

terus gerak g Pusat Komuniti Taman BUkit Cheras,
my frens's wedding..

lepas tu ajak hubby cari laksa..sebab semalam lepas exam terasa nak makan laksa.
g Tesco Midah..leh pulak laksa dah abes..baru jam 4 petang kot..
laksa cam senang je kan sepatutnya..tapi tak tau nak cari kt ne..huhu..hubby tanya,
nak jugak ke laksa? mesti la kan...dia janji nk g dinner kt JJ maluri..

so kami terus g karoke..faveret suami..abeskan suara kt bilik karoke tu,
kami shoot ke JJ maluri..g cari laksa..yeay..ada..selera betol..
round2 JJ servey2 barang2 baby..hehe..tak beli pon lagi..masih awal..tengok2 harga je..

odw balik terasa nk makan ABC la..huhuuh..mudah je kan ABC ni..tapi susah lak nk ada time teringin ni
g Velodrome..abes sume kedai hubby tanya..sume tak de ABC,,;..last2 g makan ABC depan umah je..kt Q-Bistro..


penat rasa turun naik keta..hehe..balik umah da maghrib..flat terus rasanya..baring2 layan FB jap masing2.
even ngntuk giler, hubby lapar plak..so kol 11 bagun masak nasi goreng+ jemput2 ikan bilis.
lepas makan , dan makan ubat2..terus tdo tak ingat...penatnye la hai...

p/s..Ada gambar2..tadi malas plak nk transfer...huhu..nanti2 ada masa baru edit balik

Thursday, November 11, 2010

2nd check up--saya muntah :(

salam khamis kawan2..

baru je selesai check up perut untuk kali kedua dekat KK. Thanks en,suami tolong hantarkan..

Seperti yang telah dijanjikan, hari ni saya sepatutnya minum air gula..Dan janji pun tertunai la..
lepas ambik no cam biasa, timbang berat badan, cek air kencing dan tekanan darah, saya tunggu untuk turn amek darah..

Seperti yang diarahkan, puasa setelah jam 11 mlm sebelum nya..yup..done..sampai pagi pun saya puasa..cuma tak niat je..hehe..

Alhamdullillah..tekanan darah ok..berat badan ok..naik 0.5kg.. Hb pun ok 11.6.
minum air gula..tak sangka pulak banyak..huhu..korang tau kan if beli air yg rm1 tepi jalan tu bekas die camne??boleh bayang tak?..jumlah air gula adalah setinggi 3/4  bekas tu..waaa...banyak nye :(

Advise from kawan2 yang dah berpengalaman minum sekali tegus sampai habis baru tak terasa..
banyak sangat la..saya mnum 4 teguk..yup..memang tak sedap..tahan supaya tak terkeluar balik..
15 minit kemudian da rasa tak sedap ok..huhu..nak terkeluar aje..

Tak boleh tahan..dan saya termuntah...tapi muntah dalam toilet la..semua air gula tu terkeluar balik..siap nasi semalam pun terkeluar..banyak ok...huhu...air mata jugak turut kuar..huhu..saya jrg muntah..tp sekali muntah memang da macam air paip da banyak& lajunye..huhu

Dan... nurse pun tahu..mintak saya ulang minum minggu depan..oleh sebab malas nk datang KK dalam masa terdekat, saya mintak next appointment je..so by 14/12/2010 baru minum air gula sekali lagi..

Everything done at 11am..mean hari ni awal sket..3 jam je proses menunggu dan menerima rawatan..itu sudah cukup baik..sebab saya bawa buku dan makanan ringan untuk isi masa terluang..hehe

baby nurse cakap ok..tak jumpa doctor pon..next2 check up pun tak jumpa doctor sampai kandungan 36 mggu..except i got something wrong with my pregnancy.
please do not expect KK akan buat scan ye..melainkan ada prob..so nak tak nak sila cari klinik lain..hehe...

ok..da panjang dah pun...macam biasa nurse kasi vitamin B compleks, Iron tablet, Folic acid, dan Vitamin C.

Wednesday, November 10, 2010

Hukum Isteri Meleteri Suami...

p/s: saya copy paste dari note kt FB ye...untuk renungan bersama...

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakansama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejuruskembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalammelaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.


Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.


Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.



Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhakmenyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya akumenyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikansesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.



Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi besertaFatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Akubertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "



Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macams eksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telahmenyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.





Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.



Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.



Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.



Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.



Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.



Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.



Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.




Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.



Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .



SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.



WASSALAM..

Tuesday, November 9, 2010

terharu...:)

salam selasa kawan kawan

"perempuan macam kerak nasi...letak air lembut la.."

setuju tak?hati mudah sangat tersentuh..hehe..satu perkataan je da boleh buat kita emosi berhari2..
satu perkataan je da boleh buat kita senyum tak henti2..

tambah pulak sejak dah berkahwin ni..saya rasa senang sangat suami nak amek hati isteri..berlembut lidah lah..nescaya si isteri angau berhari2..

okes, as always, pillow talk semalam..dia buatkan saya terharu..dan ntah nape air mata turut menitis..
tidor diulit senyuman dan mimpi indah...hehe..

bagi lelaki, its simple. utk perempuan..wow..terharu beb...hehe

Monday, November 8, 2010

outing 2# . ZOO Melaka.

salam isnin kawan2 semua..

seperti dalam wish list sempena bithday dalam entry sebelum ni...banyak juga tak dipenuhi..huhu.
mari kita tengok:-
  1. mahu tidur sepuas-puasnya esok..lepas subuh nak tidor sampai rasa nyampah nk tido lagi..hehe (mampu tidor sampai pukul 11 pagi aje..my sis dah kol2 ajak pergi Zoo Taiping..rasa cam penat je nak g jauh2 tu..huhu...so kami cakap pas mandi kami kol lagi...last2 buat keputusan g Zoo Melaka...ok je la..)
  2. makan dekat luar (in automatik berhasil..sebab da outing kan..start dari bfast ke supper mmg maka kt luar aje)
  3. kemas rumah (ini la tak tercapai..pemalasnye la hai..sampai rumah jam 12tghmlm...mmg penat dan tdor je la..)
ok, aktiviti outing ke Melaka pada cuti Deepavali..

sebelum tu my sis ada kasi kek indulgence from SR..sempena my besday katanya..O-on yang pilihkan...
so our journey start after sembahyang jumaat..orang lelaki sembahyang jumaat kt Masjid Abu Bakar Baginda..lepas tu terus shoot ke Melaka..tak singgah lunch pun sebab masing2 da makan heavy breakfast..

rasa nya dalam 2-3 jam jugak perjalanan..

detail:
bermula dari tol Bangi keluar Tol Ayer Keroh,Melaka = tol rm 14.40
entry masuk ke Zoo Melaka = rm 7/person
horse riding = rm 3/person
train dalam zoo = rm 2/person..
elephant riding =(tak de sebab da lama kot gajah takde..sebab tempt naik gajah pon da naik rumput3 tinggi)

masa kami masuk zoo tu mmg ramai org..budak2 sekolah dan family2..ye la kan..cuti sekolah katakan..lagipun seronoknya Melaka ni, pusat perlancongan die berdekatan..

saya ingat lagi first time datang Melaka masa Darjah 5. masa tu lawatan sekolah..rm 70 je seorang utk lawatan 3 hari 2 malam termasuk makan minum dan segala entry.. lawatan melawat Melaka dan Kuala Lumpur..kami dari Kedah ok..so, dat price too cheap la...masa tu seronok sangat berjalan..kami pergi Kota A famosa, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Zoo negara, bangunan parlimen,masjid negara dll..

so umor da 25 ni masuk la Zoo Melaka pulak..rm 7 berpadanan la dengan jumlah binatang..dont expect too much la..spent more money dekat Zoo Negara u got more animals..hehe.tapi kami tak pusing abes pun Zoo Melaka tu..saya da penat dan pening2..huhu...kami patah balik je..tak abeskan satu pusingan lengkap..O-on dan Aiman pon tak larat da...

lepas kuar dari Zoo, masing2 da lapar giler..tak tau nk shoot area mana..huhu..masing2 pon tak tau nk g terjah kt mana. masing2 da lapar, so kami makan kat area berdekatan aje..mula2 nak cari seafood..tapi abg ipar saya cakap jauh juge..huhh..so makan kat food court je..tak tau nama ape tempat tu..tapi banyak kedai makan..okey je la..tak la sedap sangat..tapi cukup la untuk hilangkan lapar...

lepas makan kami round2 jap bandar Melaka..then terus balik ke Putrajaya..akak saya nk singgah klinik dekat Bandar Baru Bangi..


p/s: pic ada amek jugak..tapi guna HP je..nnti je la upload..

Thursday, November 4, 2010

25th's birthday on Deepavali...

salam...hai..

sekarang ni kt opis, kepala pusing bangat..pening tahap ntah la...tadi masa meeting pun ngantuk amat..meeting waktu lunch hour plak..terpaksa la tapau je hari ni..

esok my birthday..hehe..semua orang cuti kan..tengok dasyat nye hari jadi saya tahun ni..haa

oleh sebab penat semggu start dari jumaat lepas belum betol2 recover, saya berazam :-
  1. mahu tidur sepuas-puasnya esok..lepas subuh nak tidor sampai rasa nyampa nk tido lagi..hehe
  2. nak relax dekat rumah, mandi lama2 dan makan banyak2
  3. malas nak masak untuk seharian..dengan harapan suami belanja makan luar...hehe
  4. bila dah penat tdo mahu kemas rumah all out..nak buang segala kotak2 yang tak tersusun kt bilik ke 2 tu
  5. dan paling penting saya mahu ReST...
dan sangat terasa seronok bila semua aktiviti esok suami ade menemani..yup, sy sangat appreciate cuti kerana bukan selalu saya dapat cuti yang sama dengan suami..

hope my birthday esok akan betol2 meninggalkan kesan..

Wednesday, November 3, 2010

Dilema antara FM or BF...

salam rabu kengkawan..

walaupun baru je preggy 3 bulan ++, for sure ak rasa rata2 ibu-ibu mengandung da berfikir pasal full breast feeding atau mix dengan susu formula..

sebelum ni, ade diskus ngn suami..dia tak komen panjang pasal breast feeding ni..cuma die cakap breast pump  tu mahal..saya ada cakap, nak guna macam akak ofis guna..Medela Swing..price  between 600-800.
dia tak menghalang dan tak menyuruh..pikir la mana yang terbaik..dia akan support je nanti..

okes, dilema nya..semalam ada diskus ngn mak saya..kebetulan my fam ada datang bercuti di KL..sempena nak celebrate besday yg sy cite di enntry yang lepas...kebetulan banjir teruk melanda Kedah especially Kuala nerang..so, ayah tunda la jadual dorang.... opss..melalut lagi..

berbalik kepada dilema.... cakap la dengan mak pasal breast feeding ni..dia cakap ok ja..tapi jgn terlalu menyusahkan diri katanya..tak salah nak mix dengan susu formula..susu badan bagi time baby/anak tu dekat dengan kita..kita g opis nk kasi susu formula pon takpe...bila saya citer pasal keberkesanan breast pump ni,
ayah ngn mak cakap mahal..huhu..okes, itu baru ratus2 je..lom citer jenama lain lg..kot ye pun, kasi melalui botol juge..so sama je la..

Medela Swing..
sy malas nk panjang2 kan cerita..haha..so stop aje la..terus berfikir seorang diri..bila cerita kt husband...dia cakap, btol jgak cakap mak tu..hee..dia cakap saya cepat terpengaruh dengan trend sekarang...huahuahua...
ntah la kan...itu la kot orang kata dugaan untuk full BF.kena hati kuat..haha

susu formula..

Tuesday, November 2, 2010

terlalu jujur...huhuh:(

salam selasa kawan2...

semalam bila berborak2 dengan mak dan kak.jat pasal monthly check up dekat klinik..

kak.jat cakap kenapa awal sangat nak kena minum air gula.." hang ingat sedap ke air gula tu???", " selalunya doctor suruh minum air gula kalau berat badan naik mendadak.."

huhu..ye ke..ntah la..sebab nurse ada tanya pasal sejarah ibu bapa..saya cakap mak ada kencing manis dan darah tinggi...

lepas tu mak cakap," ish. itu masa sekarang je..da tua tua..dulu2 mana ada kencing mnis dan darah tggi tu..kencing manis plak kejap je aritu masa demam..skang da takde"

" jangan la jujur sangat...nanti nurse tu cek bukan2..."

bukan tahap kronik pun..skang darah tiggi mak tak tggi da..kencing manis pon takde dah...

dan sekarang saya menjadi takot untuk 11/11/10.. sebab nurse dah pesan, malam sebelumnya harus puasa, sebab nnti nk kena minum air gula before amek darah..

damn...pening dan takot..cis...akibat terlalu concern la konon2 dengan sejarah kesihatan ibu..waaaaaaaa...
seram...

Monday, November 1, 2010

birthday party..semakin berisi...huhu

salam Isnin..

 hari ni demam plak..huhu..diserang selesema..huh..maybe penat sangat semalam kot...
semalam ada majlis doa selamat dan sambutan hari jadi O-on dekat rumah kak jat...
ramai tetamu hadir..jemputan dalam 100 orang jugakk..tp ada yang tak dapat hadir atas masalah2 tertentu..

okes, nak upload gambar je..
kak jat, mak, dan saya,,hehe..

gambar ni saya nmpak tembam kan..huhu,
baju kot salah..baru 3 bulan je..ish2

tengok la kami yang sama2 nampak berisi,,huh,,
dulu slim river je.

penat buat tart kecik2 ni;;nasib bek dpt sambutan,,eheh

kek kek besday

white choc macadamia(sr)
kek besday tok ayah dan maktih

kek Red Velvet versi Upin Ipin..very delicious..

makanan yg banyak

side dishes




kegilaan buat sementara waktu..


okes,,,sudah pening lagi,,nk rest plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menjelang ulangtahun perkahwinan kami :)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
;